Selasa, 12 Januari 2016

Ambil kunci dan check defect di GP Cyberjaya

Alhamdulilah setelah buat appointment untuk amik kunci, hari sabtu lepas kami ke Garden Plaza untuk amik kunci dan settlekan sekali gus check defect dgn staf MahSing. Aku set appointment pukul 10 pagi, tapi biasalah ada anak2 kecik, baby kecik nak kena uruskan dulu, sarapan last2 sampai kat Cyberjaya pukul 11 pagi.

First time masuk GP. Sebelum ni tinjau kat luar sahaja.

Dah ramai datang, diorang dah buat appointment amik kunci.



Bila sampai tanya supervisor dia , "Puan janji pukul 10 pagi tapi sekarang dah pukul berapa, nanti staf kami tak sempat nak layan sebab diorang ikut jadual" huhuhu. Aku pun mintak maaf banyak2 sebab dari Seremban jauh sikit nak sampai sini. Tapi supervisor dia ok, mintak aku tunggu sekejap nanti staf mana yg free akan layan aku. hmmmm padan lah muka aku sapa suruh lewat T_T


Tengah melangut tunggu staf diorg layan wei.... tengah2 tunggu supervisor ckp "tunggu sekejap ye puan" aku kata takpe2 saya boleh tunggu... hehe. 

Kemudian baru seorang staf melayu datang kat aku, isi borang dan terus dibawa naik ke blok terletaknya unit kami. Sambil2 naik tu dia terus cakap terangkan tentang fasiliti, security dan access kereta. Sampai kat unit terus kami sama2 check semua kelengkapn yang ada. Sambil2 tu on semua suis berfungsi atau tak. Walaupun keluasan dia takdelah luas sangat tapi dilengkapi perabot dan kabinet build in, ada peralatan elektrik jadi amik masa jugak kena check detail satu persatu. Kalau nak tau camne nak checkmdefect boleh baca link di bawah ini..


http://www.hasnyjalil.com/2013/10/kelas-hands-on-check-defect.html

http://www.hasnyjalil.com/2014/02/check-defect.html



Water heater

Fridge


Toilet and bathroom

Budak2 kepanasan rimas nak menunggu, aircond baru je bukak nak bagi sejuk...

Bedroom. Langsir tak provided. 

Aku sempat tempah langsir untuk pasang siap minggu ni. Semua nak cepat tak mau buang masa lagi. Ada lagi kelengkapan nak kena beli dan letak dalam ni secepat mungkin. Tengah survey2 mana yang lebih murah dan berkualiti. 

Dah check semua, isi borang dan ajar macamana tulis report kemudian staf MahSing bawak ke parking base untuk check tempat parking. Kemudian dia tawarkan untuk bawa check fasiliti tapi kami bagitau kami boleh tengok sendiri. Lagipun dah tengahari, dah banyak orang menunggu kat office dia.

Masa ni husband tengah amik access card  dari security. 

Time nak amik access card, tetiba jadi kecoh dalam opis ni, ada mamat tu datang tak buat appointment main redah jer... lepas boleh marah2 pulak, tengking staf sebab orang tak nak layan dia ish ish. Muka tak bersalah langsung, ingat staf ni kuli dia ke! Ceh, aku yg dah buat appointment tapi lambat datang pun rasa bersalah. 

Qaireen minum sebab kepenatan dan haus.

Budak baik, Ilhan tak meragam tengok jer apa ibu dan ayah buat kerja.

Lepas amik access card baru kami pergi view fasiliti dia. Swimming pool terletak di pintu masuk blok. Sayang takde pool untuk kanak2 jadi kalau budak2 nak mandi kena ada pengawasan.

Sibuk dah nak main air, budak2 ajak mandi tapi sorry arini tak sempat yek. Banyak benda lagi nak kena buat huhuhu. Kita datang lagi pasni bawa baju...

Gyminasium. 

Hati2 nanti terlepas dumbell tu hempap kaki!!



Sempat lagi anak beranak main playground, Ilhan dalam stroller tengok jer kakak dan abg lari sana sini main..

Ada dewan serbaguna di tingkat bawah untuk kegunaan komuniti.

Luas dan panjang juga dewan ni.. 

Banyak lagi kami tak check, jadi mggu depan kena datang untuk check betul2 sebelum start untuk disewakan. Sejak aku iklankan bulan lepas dah ada beberapa orang tanya nak view tapi aku sendiri pon belum dpt kunci camne nak pergi tengok T_T. Sebab tu kena siapkan cepat2 unit.. Semoga kerja kami dipermudahkan Allah. Amin...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...