Jumaat, 15 Januari 2016

Seharian di Cyberjaya dan Ikea Cheras

Kebetulan negeri Sembilan cuti hari khamis sempena hari lahir Yang Dipertua Negeri Sembilan. So amik peluang ni ler untuk uruskan banyak benda termasuklah pasang langsir dan cari barang untuk rumah di Cyberjaya.

Sampai pukul 10 pagi, uncle yang kami tempah langsir dah ready untuk pasang. Husband yang tunggu, aku bawa budak2 ni main kat playground. Dalam setengah jam siap!!

Dah pasang curtain semua bilik. 

Pasang bed sheet murah beli kat Mydin. 
Rupa2 nyer singkat ler pulak, adeh T_T

Nampak kemas juga kerja uncle ni. Wife dia ada sekali datang tolong pasangkan langsir. Pagi tu saja dah 3 rumah dia pasang langsir. Dan dah hampir 40 unit dah tempah pasang langsir dengan dia wah! Manyak masyuk lah ni tahun baru cina maa...

Lepas tu kami cuci rumah, mop dan bersihkan semua perabot, satu bilik kami bagi Qaireen, Umar dan Ilhan main sementara tunggu mak ayah dia siapkan kerja2 pembersihan huhuhu. Lepas siap pukul 1 lebih kami stop, mandi dan solat baruler kami pergi makan ket kedai Mat Ayam Kampung di depan bangunan EmKay, Cyberjaya.

Ganbar sumber dari google. Aku tak sempat snap sebab kelaparan yang amat, adeh...

Lepas makan, kitorang terus cadang ke Ikea Cheras. Alang2 penat biarlah penat satu hari terus shot selesaikan semua benda. Lagipun confirm Ikea tak sesak dengan umat manusia sebab diorang kerja, kami orang nogeri cuti hehehe. According apa yang member citer, ada banyak construction bangunan bersebelahan ikea jadi jalan masuk kelam kabut.

Dari Cyberjaya ikut Lebuhraya Mex, dalam 20 minit sampai dah. Kira jam 4.00 petang lah gitew. Memang betul! Line clear, fuh lapang tak bersesak2 nak cari parking hahaha. Terus cari barang yang nak, sebab sebelum ni dah survey dalam web jadi nak cari lokasi rak dan amik barang tu. Jumpa pulak staf poli kat sini, kan aku cakap orang nogeri jer yang amik peluang shopping arini kat sini.

Wah banyak frame, kalau rajin deco memang menarik perhatian..

Si Umar sibuk pulak nak 1 frame, ish nak watpe benda tu..? Last pujuk tukar beli anak pokok untuk dia. Dia suka sangat dengan pokok. 


Ilhan dah start mengamuk, boring ler asyik duduk dalam stroller jer!!

Rehat solat Asar jap. 
Qaireen merajuk, muka kelat kena usik ayah dia. 

Antara tangkapan2 yang dah dibuat..

Ok dah beli apalagi bayarlah. Punya ler lapang, tak ada pun orang bratur memanjang nak bayar. Dulu pergi Ikea Damansara aku terus give up tinggal barang malas nak beratur panjang punya pasal T_T


Antara barang2 nak dibawa dan pasang kat Cyberjaya. InshaAllah Sabtu ni akan ke Cyberjaya siap pasang dan amik gambar. 





2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Aah memang best tapi tengok hari juga. Sebab member2 yg pergi kata menyesal sebab traffic jammed, sesak teruk.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...