Rabu, 23 Mac 2016

Majlis Konvokesyen PPD selesai || Jadi Gadis pentas

Konvokesyen ni actually berlangsung minggu lepas, cuma aku je lambat update. Selama empat hari untuk empat jabatan di Politeknik Port Dickson. Selalunya sebelum2 ni kalau Majlis Konvokesyen Politeknik aku cuma terlibat sebagai AJK pemanduan graduan dan ibu bapa jer... Tolong setup susun tempat duduk diorang bila masuk dalam dewan kan. Lepas tu jadi AJK sijil, tolong susun sijil diploma dan transkrip, lepas konvo selesai diorang pulang jubah baru boleh datang amik dokumen2 tu.

VVIP dan Pegawai kanan politeknik dah masuk dan duduk. 

Cuma tahun ni aku ditugaskan di pentas. Ok so aku tak kisah lah, cuma nak fikir nak pakai apa yang elok sikit. Sekali diorang bagitau kena pakai jubah biar seragam T_T. Dah lah hari pertama konvo, sistem air cond rosak pulak. Terpaksa audiens berkipas dalam tu. Ish mujur sampai hari  konvo JKM barulah elok air cond dewan, kalau tak hmm tak boleh bayang macamana ler berjubah berpanas atas pentas tu.
Ceh, berposing pakai jubah dengan staf JPA, Pn Azua. Bangga kejap, lama tak pakai baju ni hahahaha. Last aku pakai masa konvo degree tahun 2008 gitew...

Boring nak tunggu turn bagi scroll. Ini pun aku saja datang lambat sebab acara tu start dalam pukul 10 pagi kan..

Gambar ehsan dari Ustaz Wan, sempat dia snap gambar kami kat atas tu...

Tugas aku senang je diri sebelah Pengarah Poli dan pass scroll kat dia. Nanti dia pass kat Yg Berbahagia Undang Luak untuk bagi kat graduan.. Bayangkan graduan dalam 300 lebih. Jenuh nak diri bagi benda tu.. T_T nasib baik lepas separuh bagi, ada rehat sekejap untuk persembahan pelajar. Lepas tu sambung balik. Tengok Pengarah dan Datuk Undang lagilah penat agaknya sebab diorang empat hari nak kena diri bagi kat semua graduan jabatan2 lain lagi huhuhu. 

Bersusun holder nak pass kat pelajar. 

Termasuk trofi anugerah pelajar terbaik dan projek terbaik..

kat belakang pentas, Izad dan Fahmy merangkap ajk2 sijil sibuk bukak plastik holder untuk susun atas meja.. 


Settle majlis dalam pukul 12.30 tengahari. pastu majlis makan di perpustakaan. jadi kena join sekali dengan semua pegawai dan Ketua Jabatan.. Makan jelah, rezeki jangan ditolak yek.


Makanan nasi dan lauk kampung, menu dipilih sendiri oleh Datuk Undang katanya. Memang sedap, tapi pedas berladoo. Menu orang nogeri kan...

So kiranya inilah jawatan aku lepas ini sampai ke bila pun aku tak tahulah. Tunggu kot kalau kaki ni dah ketar2 dah tahan diri lelama boleh mintak orang lain gantikan T_T. Ok, kbai...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...