Khamis, 30 Jun 2016

hari terbuka sekolah qaireen dan umar

Hari Selas, 28 Jun 2016 hari terbuka di sekolah budak2 ni. Dapat surat jemputan dari cikgu untuk hadir ke sekolah bermula jam 10.30 pagi sampai ler tengahari. Jadi dalam jam 11 pagi kami sampai di sekolah. Aku berpecah dengan husband, aku pergi ke kelas Qaireen dan husband pergi ke kelas pra sekolah Umar. Aku tengok kat kelas Umar ramai jugak ibu bapa sedang menunggu nak jumpa cikgu kelas.

Tak perasan ibu dia dah datang hmmm...

Sampai je aku masuk kelas 1 UM, tengok sekeliling kelas perhatikan Qaireen tengah khusyuk baca buku sekolah atas meja dia. Budak2 lain sibuk bermain. Dia tak perasan aku dah sampai dan duduk kat depan kelas. Kat sebelah dia, anak jiran kami. Fatin darjah 2, tapi dia rajin turun ke kelas Qaireen sebab adik lelaki dia Faiz pun sekelas dengan Qaireen. 

Rajin kakak rajin membaca..

Sekejap tu baru dia perasan aku dah kat depan beratur nak tunggu jumpa cikgu kelas dia. Terus jerit ibu!! wa kah kah! Dia lari ke dapan dan duduk sebelah aku, sambung baca buku lagi. 

Beratur daaa..

Time menunggu ada beberapa parents jer. Tak lama pun asalkan mak bapak tak banyak tanya confirm cepat ler hehehe. Purata seorang dalam 5 minit jer...Budak darjah 1 apa lah sangat nak tanya lelebih lainlah kalau budak darjah 6. Dalam 20 minit akhirnya sampai turn aku. So far Qaireen takde masalah apa2 pun dalam pelajaran. Kedudukan cemerlang. Cuma cikgu dia hairan pasal masa mengajar budak ni tak tengok cikgu, tak fokus sibuk buat benda lain. Bila cikgu panggil tanya soalan eh dia boleh jawab betul pulak ahahaha. Nasiblah cikgu, kami dah lali dengan Qaireen yang mana pernah fokus bila bercakap dengan dia T_T

Menunggu lagi... Husband masih tunggu turn dia kat kelas Umar. 

Lepas tu aku dan Qaireen pergi ke kelas Umar kat bawah. Ingatkan dah sudah rupanyer belum lagi! Wah dahsyat mak bapak budak pra sekolah mesti tanya macam2 ni kat cikgu kelas. 

Ceria kelas Umar, sebijik macam kelas Upin dan Ipin. Patutlah dia suka datang sekolah. 

Say peace, kita tunggu jelah Umar yek..

Akhirnya sampai turn Umar. Gambar ni husband yang snap. Cikgu bagi kertas penilaian Umar untuk kita check. 

Hmm so far, oklah. Semua jawapan aku tengok betul jer.. Cikgu cakap dia dah boleh masuk darjah 1 dah. Mana tak yer dah sekolah Pasti dari umur 4 tahun. Cikgu tanya kat rumah cakap English ker hahahah ke laut. Takde nyer, cakap melayu pun kadang2 Umar tak faham2 kan :P

Satu lagi cikgu tanya Umar ni manja ker??? Walah weii aku pun tak tau nak cakap. Husband jawab Umar dengan adik dia jarak jauh jadi dia manja sikit. So Umar, tolong kurangkan kemanjaan anda yek! huhuhu. 

Umar dapat hamper, pra sekolah bagi duit raya lagi. Bajet makan untuk bulan puasa ditukar kepada hamper makanan dan duit raya. Sukalah tu dapat makan jajan ye. 










Isnin, 27 Jun 2016

Buat biskut dahlia

Anak2 sibuk minta ibu buat kuih, siap ada resepi kuih dalam komik Awang Kenit pun suruh aku cuba buat! Biar betul?? Last2 aku cari ler resipi dalam internet resipi yang simple2 πŸ˜‚πŸ˜‚


Antaranya biskut dahlia, kalau harapkan aku beli kuih ke biskut dah siap tak da punyalah. Sebab sejak pindah semnanjung bila raya beli kuih sampai ke raya haji pun tak abis makan sudahnya buang. Membazirr... Kira kental aku tak beli langsung kuih dari tahun lepas lagi T_T. Lagipun saja nak bagi anak2 seronok buat kuih raya, aku kcik2 dulu ingat cmne tolg mak ayah dan mak sedara buat kuih. Samalah dgn husband. Tinggal memori dah semua tu

So aku tolong adunkan sementara husband dengan Qaireen dan Umar tolong cetak dan hias. Resipi ni amik dari internet tak ingat mana satu dah. Berlambak kat dlm internet kan ngeh ngeh ngeh

Bahan A
250 gram butter (aku guna cap anchor salted)
110 gram gula icing
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul adunan kelajuan serdahana, tak payah jadi kembang. Dah sebati pun cukuplah...

Bahan B
115gram tepung kastard
110 gram tepung jagung
160 gram tepung red rose (tepung biskut dpan dia ada gambar bunga rose merah)
Ayak semua tepung ( husband cakap org dulu2 ayak sebab takut ada cicak mati sebab tepung tu semua bubuh dalam guni jer. Batu pun ada.. Ayak!!! πŸ˜•)

Masukkan bahan A dalam bahan B. Ramas2 tepung tadi sampai terbentuk doh. Elakkan doh dari terperangkap dengan udara. Sebab tu tutup doh dengan plastik.  Panaskan oven ye dlm 200 degree dulu beberapa minit.


Jadi dah siap adun, husband tolong cetak, sempritkan biskut guna nozzle tak kisah lah pecah 13 ke 15 ker janji nampak bunga dia keh keh. Hm mula2 kekok juga nak bg bentuk cantik, gebusss kanπŸ˜‚πŸ˜‚

Umar dan Qaireen tolong hiaskan potongan ceri atas biskut.

Yeah dah siap ibu, jom bakar biskut ni....
Bakar adunan suhu 160 degree dalm 20 ke 25 minit. Yang bergantung oven korang lah.h

Ok, dah siap bakar dah. Wah first time buat biskut ni πŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Nak bakar ni kena hati2 sikit sebab oven memasing hanya tuan je tau kepanasan dia macmana. Jadi pandai2 sikit adjust huhuhu.

Hah jangan leka, jangan biarkan saja buat kerja lain sekali2 check oven kalau tak hangit camni huhuhuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Selamat mencubaπŸ˜€πŸ˜€


Ahad, 26 Jun 2016

Selamat hari lahir ke 6 tahun Umar Shafiy

Ikutkan harijadi dia dah lepas, 18 Jun. Aku lambat update. Takde nak buat sambut apa2 pun, cuma tanya kat Umar nk request makan apa2 ker untuk berbuka nanti.



Umar request nak KFC Kari-kari Ranggup tu ahaha. Dari aritu dia mintak..

Ceh, muka Umar buat2 suprise pulak tgk kfc atas meja ahaha.

Haippp, puasa tak boleh makan lagilah, Qaireen jerit.. tggu azan magrib wei...

Hm aku rasa kfc tu takde lah best sgt. Macam boleh buat sendiri je, ala ayam tu goreng tabur lepastu serbuk kari baba's T_T






Jumaat, 24 Jun 2016

Ilhan 8 months

Ilhan dah masuk 8 bulan dah.. dah pandai mengesot bukan main laju lagi... dan pandai dah nak jalan guna walker baby. Tapi mostly bukan dia yang jalan, kakak dan abang dia yang sorong dan tolak. Ilhan hanya angkat kaki je seronok kena tolak laju2 dengan abang Umar dan kakak Qaireen. Aku yang ngeri. Jerit aje takut Ilhan tersungkur alahai...

'

Dah makin besar, makin berat. 

Dah kenal ibu dan ayah. Kalau orang lain amik dari kita dia akan panik terus menangis T_T

Our lovely Ilhan Wafiq :)








Isnin, 13 Jun 2016

Jalan2 di bulan puasa.

Sebenarnya kitorang jalan2 sekitar senawang je pun sementara nak tunggu buka puasa. Duduk rumah saja tak tau nak abiskan masa lama kat rumah. Jadi kami ke Giant Senawang tengahari tu untuk cari tudung Qaireen dan samping baju raya Umar. Dah beli tak tau nak ke mana jadi pusing pulak tengok Paroi tinjau2 kawasan kat sana. 

Dah sampai Mambau, tetiba terlintas nak pergi tinjau projek perumahan abang aku kat Rantau. Tak sangka Hardy dapat tawaran PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia) di Rantau, Negeri Sembilan!! Alhamdulilah, hehehe jadi ada geng lah aku kat sini. Rasa lega sikit bila ada saudara, abang kandung sendiri pulak tu duduk dekat dengan kita huhuhu. Mak cakap anak2 dia semua nak jadi orang nogeri T_T. Rasanya Hardy dan Kak Lela dah settle bayar booking dan pilih lot rumah yang ada. 

Diomand Residence di Rantau, Negeri Sembilan. InshaAllah bulan September 2016 ni siap sepenuhnya. 


Lepas tinjau projek perumahan tu, kami pun ke patah balik ke Masjid Hussin, Seremban 2 untuk solat Zuhur. Sebab plan nak ke Puasat Zakat dan bazar Ramadhan lepas tu. Lama tak datang ke masjid ni. Tahun lepas rajin pulak pergi sembahyang terawih kat sini dengan husband, Qaireen dan Umar. Tahun ni tak dapat ikut serta sebab baby Ilhan dah ada. Pandai mengesot je larikan diri. 

Best agaknya Ilhan rasa duduk dalam masjid ni, sejuk je ye nak.. Kebetulan hujan turun pulak. 

Rasa tenang je dalam ni T_T

Tahun lepas budak ni dalam perut lagi, sekarang dah bergolek2 atas karpet masjid ni hehehe. 

Tunggu jap sementara hujan berhenti. Ada sorang baby juga duk main2 kat situ semntara tunggu mak dia amik wuduk dan solat.

 Lepas tu kami ke Pejabat Zakat bayar fitrah dan beli lauk untuk juadah buka. Nak cari barang masak pun dah tak sempat sebab orang dah semakin ramai. Itu jela nak citer pasal aktiviti hari berpuasa semalam ahaha.. janji blog update! 

Selasa, 7 Jun 2016

Selamat Berpuasa 2016, Selamat menyambut Ramadhan 1437.

6 Jun 2016 bermula 1 Ramadhan 1437 maka bermulalah ibadah berpuasa. Tahun ni kami cuba latih Qaireen dan Umar berpuasa penuh. Sebelum ni masa diorang sekolah di PASTI AL-Fateh memang puasa tapi kat sekolah jer. Balik tu nak minum air atau makan sebab lapar kan T_T.


Malam sebelum puasa tu sempat buat blueberry cheese tart, start pukul 11 malam abis jam 1 pagi T_T. Saja je nak buat sebab nak perabihkan bahan dan untuk buka puasa nanti. 


Sahur time, sahur anak2 yang pertama kali. Jam 5 pagi.
Qairen cergas bangun dan makan masa ni.  

Umar masih dalam mood mengantuk. Makan pun lambat2 jer T_T


Bila pagi kebetulan aku dan husband saja amik cuti arini. Jadi mula2 semua ok2 sahaja, tapi bila dah tengahari Umar dah merengek nak minum air. Siap asyik bukak tutup peti sejuk jer kerja dia. Kami cuba pujuk dia tahan ler sekejap tapi lama2 dia dah nak nangis. Bawa kole air dan nak minum depan aku. Last2 aku bagitau hmm minumlah...


Qaireen masih bertahan samapai ke Asar, bila dengar bunyi azan waktu Asar dia tanya dah berbuka ke bu??? Hehehe belum lagi nak, sikit lagi 3 jam. Sabar yek... Kasihan dia, memang tak larat. Siap cakap lagi kaki Qaireen dah patah. Qaireen tak larat nak jalan huhuhu. Umar dah menangis sebab lapar, aku buatkan air milo dan bagi blueberry tart untuk dia makan.

Lagi sejam nak berbuka. Hahaha. Kasihan.
Terbaring lepak kat pintu, budak ni tak larat jalan dah. Asyik tanya lama lagi ker nak buka....?? πŸ˜‚πŸ˜‚

Akhirnya dapat juga Qaireen puasa penuh hari pertama Ramadhan. Kept it up Qaireen. Semoga sentiasa dipermudahkan dan sihat dalam berlatih ibadah puasa. 


Sabtu, 4 Jun 2016

Pesta Royal Floria Putrajaya 2016


Disebabkan anak2 memang minat tengok pokok dan bunga jadi aktiviti Pesta Floria memang dah jadi aktiviti wajib kami datang setiap tahun πŸ˜‚πŸ˜‚ Tiket aku beli online sebab dapat early bird proice, ala jimat Rm 1.00 setiap tiket kalau beli awal2. Kami pergi selepas balik kampung dari Perak. Kira hari Khamis 2 Jun 2016. Penat makan durian pun belum abis lagi ahaha!!


Pintu masuk, Umar dah exicited. Huh baru masuk memang excited, tapi lepas penuh dengan drama dia ahaha. Nak masuk masalah sikit sebab tetiba aku punya handphone tak holeh display kod bar dia. Nasib iphone husband ada huhu πŸ˜…πŸ˜…

Say peace to all Malaysia. Kitorang sampai dalam 12 tengahari. Plan nak datang awal dlm 9 pagi, tapi plan ke laut jadinya. Biasalah ada anak2 kecik kan ahaha. So memang panas terik dei...

Sebab panas terik kitorang cadang duduk dalam art gallery lelama sikit sampai solat zuhur. Sebab kat dalam tu ada aircond kan 😁😁 kesian kat Ilhan nak jalan2 time panas terik. Kebetulan dalam tu ada aktiviti mencanting batik jadi kitorang bayar dalam RM5 (Rm5, RM10 dan Rm20 tu ikut saiz nak besar mana).  Korang tengok aku kena tutup telinga Umar pasal dia takut dengar bunyi speaker dalam khemah tu huhuhu. Macam2ler budak ni..

Dah masuk Zuhur, kami pun terus solat kat musollah situ. Kebetulan ada trunk KFC dan Pizza Hut dekat situ. Qaireen mintak pizza sebab teringin nak makan. Kami dah makan sebelum pergi jadi aku amik 1 set regular jela buat alas perut. Jom kita makan ler kat bawah pokok macam berkelah ahahaπŸ˜†πŸ˜†

Tahun ni tema dia bunga kekwa. Jadi penuh merata2 bunga tu kuning keemasan. Aku pulak jadi geram rasa nak angkut je semua bunga2 tu bawak balik!!



Dalam pukul 4 petang baru jadi redup, lama juga kami duduk kat bangku nak tunggu cuaca redup sikit. Baru best nk jalan sebab tak panas sangat. Kat sini kerja aku amik gambo jela. 


"Best nyer kalau gula2 Qaireen ni jadi betul, boleh Qaireen makan". Hm yg seronok budak jela kami just duduk kat bangku dengan Ilhan sambil tengok diorang lari ke sana sini.

Ni salah satu taman tema dari wakil negeri Johor. Syok tengok replika kuda dan motor dia tuh !!

Tok Aba kopitiam. Tok aba cuti, pergi shooting kot.

Ada pulak taman salji kat sini. Umar boleh pulak buat2 sejuk mengigil πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tetiba salji turun??! Oo buih sabun rupanya πŸ˜„πŸ˜„

Umar, Boleh pulak main sorok2 kat sini. Leka tengok bayang sendiri dalam cermin tu. Dekat pukul lima petang baru kami abis pusing semua. Fuuuh, letih beb.


Ni memang perangkap betullah, nk lalu balik bnyak pula jual pokok2 bunga terutama pokok orkid ler. Aku tengok banyak betul makcik2 pakcik2 borong orkid!! Apalagi Umar meleleh airmata suruh ibu ayah dia beli orkid 😀😀😀

Mintak tak agak2 rm30 sepokok, huh mahal2. Beli rm8-rm10 dah lah. Nanti balik rumah kita jaga elok2 hahaha kopak poket husband macam ni. Nasib baik umar dengar kata. Nak wat camner, janji anak2 happy udah ler yek. Jangan kata ibu ayah tak payung ahahsπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Ok dah settle kitorang pun teruslah balik ke seremban. Itulah antara aktiviti cuti sekolah budak2 ni. Hm adalah 3 hari lagi nak masuk ramadhan. 

Khamis, 2 Jun 2016

Musin durian kat Changkat Jering

Memang sekarang tengah musim durian luruh. Jadi kebetulan kami balik ke Taiping ikut jalan Kuala Kangsar-Bukit Gantang memang berderet gerai2 jual buah durian 😁😁

Jalan Taiping-bukit Gantang

Gerai2 durian terpacak sana simi

Sampai2 besok paklang mai bawak durian bukit baru luruh. First durian dia luruh terus antar umah mak.

Kalau tengok kat kampung sekitar semua motor pakat2 ada raga pasang kat belakang pasal nak isi buah durian πŸ˜†πŸ˜†

Balik kampung cheh, abang husband pass lagi durian kat kami. Jadi kerja kami sepanjang duduk kat kampung makan durian sesaja ler..


Umar yang hantu durian hahaha.


Tengok sampai dua tangan pegang durian, tamak sungguh ler dia nak sumbat durian dalam mulut πŸ˜‚πŸ˜‚

Besok jejalan ke Kuala Kangsar saja2 nak jalan. Perkena cendol dan laksa dekat sungai perak tu.

Qaireen requast nak makan cendol

Besar sungai Perak

Nama pun cuti sekolah kan. Bawak jela pusing2 kat area sini.

Ilhan kena gigit dek nyamuk sesaja bila balik kampung ahaha. Bertempek ubat kat muka dan badan dia.

Masjid ubudiah. 

Duduk 3 hari kat kampung balim seremban confirm kena bawak balik durian hahaha. Kena tahan bau durian sikit dalam kete avanza. Mak dak bagi daun pandan banyak betul pada kami untuk kurangkan pening bau durian dalam kete nanti.

Hah, amik ko sebalang tempoyak buat bekalan ahaha πŸ˜‚πŸ˜‚

Nyum nyum nyum!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...