Rabu, 13 Julai 2016

Kemaskini rekod sewaan bilik

Nama pun hari raya kan, jadi lama aku tak jenguk dan buat rekod sewaan, mujur ler penyewa2 aku ni dari 'syurga'. Belum miss lagi bayar duit sewaan masing2. Jadi aku jer selalu miss nak bagi resit pembayaran kat diorang maklumlah nak bagi by hand jenuh jugak dari Seremban nak ke Cyberjaya semata2 nak pass kertas2 ni. Jadi aku poskan jelah... Senang. Bagi kad raya sekali heheheh. Contoh tuan rumah yang baik :P

Siapkan resit2 yang terbengkalai pasal buku resit dah abis. Buku resit boleh beli kat Tesco atau kedai stationery- alat2 tulis. Poskan saja ke setiap penyewa tu. Janji salinan resit aku ada simpan. 


Dan rekod juga semua pembayaran bil2 di dalam microsoft excel. Jadi kita boleh trace amount surplus sewaan kita berapa jumlah. Kalau defisit kena rekod juga. 

Kenapa nak rekod bagai ni? Sebab utamanya ialah cukai!! Ish kalau dapat surat dari LHDN mesti aku rasa cuak bila nak buka T_T. Kena standby rekod ini, andai kata tetiba LHDN ada berminat dan hantar surat cinta kat kita, huh  takde lah kita gelabah sakan sangat. Sekurang2 sku dah ready dah sedia semua dokumen yang ada. 



Dan mesti bayar cukai kalau ada keuntungan yek, zakat pun jangan LUPA!! Boleh juga refer pada nota Abang Ensem, blogger hartanah di sini tentang penyediaan dokumentasi rekod sewaan. Diharap dapat membantu pembaca2 yang lain ye :)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...