http://1.bp.blogspot.com/-k2Cgxjoirls/VJpjA_GM2fI/AAAAAAAAUCk/iDQMWmZ1bjs/s1600/favicon%2B(6).ico

Selasa, 30 Ogos 2016

Buka akaun Tabung Haji anak-Ilhan Wafiq

Kalau kita dari Malaysia yang ingin menunaikan haji syaratnya mesti berdaftar di Tabung Haji, tak kira lah nak ikut muassasah atau pakej swasta. Itu kalau berlepas dari Malaysia lah.  Lainlah kalau korang kerja kat luar negara ikut company mana2 yang dekat dengan negara Arab Saudi.

Pagi ni aku dan husband pergi ke Tabung Haji Port Dickson untuk buka akaun Ilhan Wafiq. Nak buka akaun anak memang mudah tak perlu photosat atau bawa salinan surat beranak atau salinan kad pengenalan. Konsep paperless. Cuma bagi kad pengenalan bapa dan kad myKid anak yang nak didaftarkan. Isi borang yang diberikan. Bayaran RM10 untuk buka akaun TH.  Disebab husband buat permotongan gaji dan penambahan untuk anak maka perlu isi borang deposit untuk kemaskini nombor akaun TH anak2 yang akan menerima pendepositan.

Isi maklumat dalam borang2 yang diberikan. Kalau buat pemotongan gaji kena isi sekali lagi borang pendepositan melalui gaji untuk update. 

Untuk pendaftaran haji, minuman wang yang perlu ada dalam akaun ialah RM1300. Jadi alang2 dah bukak akaun kami terus daftarkan haji untuk Ilhan Wafiq. J Untuk Qaireen dan Umar dah selesai dah dulu, jadi untuk Ilhan bila agak2 jangkaan tahun peruntukan dia yek?? 

Tahun peruntukan ialah 2105. Kira2 dalam 89 tahun lagi....
Jangan risau Ilhan, itu cuma jangkaan sahaja nak. Kalau ada rezeki, InshaAllah dapatlah nanti lagi awal. 

Apa pun perkara itu di luar kuasa kita, kewajipan kita adalah segera cukupkan duit untuk mendaftar menunaikan haji. Berdoalah bersungguh-sungguh supaya kita dapat menunaikan haji pada usia muda, ketika masih sihat dan kuat. Apabila Allah SWT dah menjemput kita menjadi tetamu-NYA, inshaAllah tiada kuasa lain dapat menghalang. 


Isnin, 29 Ogos 2016

Majlis Aqiqah Ilhan Wafiq

Kami plan majlis ni hampir sebulan, kira semua guna tempah saja. Mintak nombor contact catering dan kambing aqiqah dari mak sedara dan jiran2 yang terdekat. Bila dah contact cadang buat pada hari Sabtu, 27 Ogos 2016 ni.

Bila dah tiba hari Jumaat, orang pasang khemah datang awal. Sebab petang diorang kena pergi jaun nak pasang kat tempat lain. Disebab kami berdua kerja, kami suruh pasang jela, bagi susun rapat ke dalam pagar rumah jer. Kebetulan tengahari tu pulak hujan lebat. Bila kami balik sampai rumah petang tu rasa pelik pulak. Apasal khemah ni jadi senget??!

 Khemah dah masuk ke rumah jiran sebelah T_T

 Bila check, rupanyer angin kuat betul masa hujan tengahari tadi. Khemah kena seret angin, nasib baik tak roboh hehehe. 
Kan khemah jadi senget ke kiri pulak, tak center. 

Nasib baiklah kerusi2 ni tak terbalik tumbang sekali huhuhu. Call balik owner khemah mintak diorang adjust semula. Diorang datang pasang pacang dan pasakkan khemah. Ikat kat tembok, kot2 ler malam nanti hujan ribut lagi, tak der lah khemah ni terseret lari lagi...

Petang tu lepas asar, ayah dan mak pun sampai dari Batu Pahat. Bawak sekali kakak ayah yang paling tua, Mak Mas. Siap bawak periuk, daun pandan dan buah durian, mak nak buat serawa durian hehehe. Lepas makan malam, aku dan husband rush gi Tesco Seremban nak beli kek2 untuk jamu ojemputan besok. 

Belilah dalam 3 bijik, susun simpan dalam peti ais. 

Besok pagi awal2 lagi kami dah bangun dan mandi dan siap sarapan serawa durian mak buat. Lepas baru susun meja kerusi. Yang ada pagi tu hanya family aku dan mak ayah jer. Yang lain ada masalah tak dapat datang awal. Tapi tak kisah pasal perabot rumah aku tak banyak hehehe kejap je susun. Kat luar husband dan ayah susun meja dan kerusi . 

 Susun atur meja dan kerusi. Rasa macam besar pulak khemah ni kata husband. 
Pasang meja memanjang jela. Ada ruang nak lalu lalang nanti. 

 Alihkan sofa  susun ke tepi. Meja makan bawak keluar dengan kerusi2 sekali. Pastu bentang karpet dan tikar. Karpet ni aku pinjam dari rumah mak, mintak mak bawak masa nak datang sini. Dah bentang, terus vakum sekali.
Hehehe Ilhan belum sempat mandi lagi, baru lepas makan. Umar tengah layan main dengan adik dia. Rasa teruja kot sebab tetiba rumah jadi lapang kan. Time ni jam dah pukul 9.00 pagi. Alhamdulilah semua dah ready, siap susun dan kemas. Family Mak Teh dan Mak Wah serta Mak Lang pun dah sampai dari Banting.

 Pukul 10.30 pagi orang buat kambing golek dan sampai. Terus pasang khemah dah setup dapur pemanggang dia. Husband cuak sebab dekat sangat dengan pokok pinang. Takut pokok mati kepanasan hehehe. 
 Orang caterer makanan pun dah sampai jugak. Sampai2 terus susun makanan dan bancuh air. Sesat juga diorang nak cari lokasi rumah, banyak kali call tanya lokasi rumah. 'Sebab banyak roundabout mengalahkan kat Gombak' pakcik tu bagitau hehehe. 

Cekap juga husband wife ni buat kerja, cepat je diorang setup untuk panggang kambing. Pukul 11.30 pagi dah siap untuk dimakan. 

Ilhan dah mandi, tengok sajalah dari dalam yek. Nasib sepupu ramai, boleh mintak diorang tengok2 kan budak ni. Si Qaireen dan Umar dah hilang keluar main dengan budak2 lain kat playground. 

 Mak Wah sponsor buatkan brownies kedut dan cream puff untuk majlis. Terima kasih Mak wah T_T 


Kek beli semalam, potong siap2 letak kat luar. 

Dalam jam 11.30 pagi Iman pun sampai. Sepatutnya jiran kami, Ustaz Sofian ada hal pagi tu, jadi dia mintak kawan dia, Iman Masjid Spring Hill gantikan untuk bawa bacaan Yassin dan doa selamat. Alhamdulilah semoga bertambah berkat majlis doa selamat dan aqiqah ini. 


Bacaan yassin dan doa selamat. 


Mak dan mak teh tengah timang cucu saudara yang terbaru. Semangat sungguh baby ni, baru dua bulan. 

Bahagian desert, ada aku tempah kuih tepung pelita, koci, talam keladi dan bubur pulut hitam . Yang lain2 tu sponsor dari mak2 sedara yang datang. Terima kasih bebanyak2 yek T_T

Lepas doa selamat, hadirin dijemput makan hehehe. Masa ni ok lagi tenang lagi sebab tak ramai. Baru pukul 12 tengahari. Yang ada masa ni jiran2 terdekat, sedara mara dan rakan opis. 





Kambing golek dah siap bakar. Alhamdulilah. 

Tempah pakej nasi beriyani dari catering. 

Lepas tu, tak sampai 30 minit barulah waktu peak hour. Masa ni memang serentak sedara mara dan jemputan lain sampai. Aku dah tak sempat dah nak amik gambar, ker pegang handphone bagai. Kejap2 ke sana, kejap ke sini. Ramai yang datang tak muat khemah, tak pe suruh suruh diorang makan bersila dalam rumah. Mana2 yang ada tempat, janji diorang boleh duduk selesa dan makan. Jadi tu jela gambar awal2 aku sempat tangkap huhuhu. yang tengah dan ujung2 majlis langsung tak de dah. Gambar family kakak husband, Kak Ana sekeluarga datang jauh dari Endau, Pahang pun tak sempat aku nak amik. Anak2 aku yang lain semua hilang main dengan sepupu diorang kat playground, tak kuasa nak jerit panggil balik dah....

Husband bz tak sempat makan lagi jadi tukang bagi arah lokasi rumah, sebab tek henti orang call tanya rumah kat mana. Baru nak jamah kambing bakar, dah ada orang call. Guna waze, cari pakai waze hehehe. Aku dah agak dah ramai yang keliru nak cari rumah kami kat Bandar Sri Sendayan ni. Terpaksa dia keluar cari family dia sebab mereka dah sesat jalan nak sampai ke rumah. 

Bila sorang2 aku pulak rasa macam buat saei , lari2 anak ke sana sini. Tak sempat nak beramah mesra dengan jiran2 yang datang. Cakap sekejap2 jer dengan tetamu T_T.  Ilhan sibuk nak susu, nampak aku terus asyik nak dukung je memanjang. 

Majlis abis dalam pukul 7 petang. Mujurlah pakai tempahan. Kalau masak sendiri confirm aku tak boleh bangun besok hari. Yang ni aku rasa nak lenguh pinggang dan lutut melayan orang datang. Alhamdulilah kambing golek 2 ekor selamat habis dan licin dimakan. Lauk pauk ada juga baki dapat bungkus bagi kat sedara mara sebelum diorang balik. 

Kemas2 meja, lepas tu mandi solat dan rehat. Mak ayah pun lepak penat layan sedara amra yang datang. Besok pagi baru cuci lantai, vakum dan mop lantai. Selesai sudah majlis Aqiqah dan doa selamat, syukur majlis berjalan baik dan lancar. Alhamdulilah atas segala rezeki yang Allah berikan. Semoga diberkati dan dirahmati segala pemberian mu Ya Allah. Amin.... 









Khamis, 25 Ogos 2016

Tapak rumah kami

Hari ni aku tengah2 google nak buat plan jalan ke rumah sebab Sabtu ni ada kenduri aqiqah Ilhan. Bandar Sri Sendayan semakin rancak naik, kalau datang setahun kemudian boleh sesat sebab banyak rumah dan jalan baru siap dibina.

 Aku ingat google map ni dah update. Cubalah share location kan... Rupanya tidak. Nak gelak sebab rumah kami tak wujud pun lagi dalam map wak google ni lorrr..

Wah, kawasan perumahan semuanya masih lagi tapak tanah yang kosong kui kui kui!!

Nampak juga tapak rumah kami sebelum pembinaan start. Aku rasa gambar ni diambil sekitar 2012-2013. Takpe lah sekurang2nya ada kenangan juga nak share kat sini ;) nilah rumah kami untuk membesarkan anak2 dan berlindung panas hujan sekarang T_T





Rabu, 24 Ogos 2016

Ilhan 10 months

Alhamdulilah, Ilhan Wafiq dah masuk 10 bulan. Dah makin berat dan panjang. Kali ini Ilhan dengan imej baru, baru lepas gunting rambut. Jadi skin head, sebab rambut dah panjang sangat.

Gigi dah tumbuh lagi dua batang di atas, gigi KAPAK!!

Bila dah gunting rambut lagi nampak bolat nyer kepala dia hehehe.

Sebijik macam abang dia. 
Tengok Ilhan teringat Umar Shafiy masa baby dulu T_T




Selasa, 23 Ogos 2016

Mengamalkan pengasingan sampah/bahan buangan

Bermula September 2015, kempen pengasingan sampah dah bermula dan dilaksanakan di area taman perumahan aku. Matrix Concepts Group siap ada buat pelancaran majlis lagi kat Bandar Sri Sendayan. Tujuan mereka untuk mendidik komuniti di sini untuk membuat pengasingan sampah.


Start awal tahun ni, aku pun nekad nak buat pengasingan sampah yang boleh dikitar semula. Contohnya bahan atau bekas plastik, botol2 kaca, aerosol dan tin makanan atau minuman. Totaly aku inspired dengan satu video menunjukkan satu perkampungan di Jepun, penduduk di sana mengasingkan sampah atau bahan terbuang kepada 33 bahagian!! Wah aku cuma boleh buat empat bahagian sahaja. 


Bekas plastik contoh bekas sabun, syampu, botol minuman. 

Botol atau bekas kaca. Banyak juga botol sos dan kicap rumah aku ni mua hahaha!!

Bahagian tin dan logam 

Untuk kertas memang takde, aku tak beli suratkhabar pun mia mia mia. Beli buku atau majalah tapi takde pun nak buang, sayang wei... 


Tempat pengasingan aku buat di belakang dapur. Tong ni aku beli kat Ikea. Tutup kemas. Biasanya aku akan bilas dulu tin atau botol yang berisi makanan supaya bersih dan tidak berbau. 


Bila dah penuh, bungkus dan ikat ketat dan letak di tong sampah rumah. Kalau sebulan adalah terkumpul macam gambar atas tu. Tong sampah rumah kami ada dua. Satu untuk sisa makanan. Satu lagi untuk barangan kitar semula. Aku ajar anak2 supaya diorang akan asingkan dan buang sampah mengikut saluran yang betul, kalau boleh jadikan ianya satu budaya :) Walau pun sumbangan kecil tapi impak dia besar untuk jangka masa panjang kan T_T


Gambate Hasny!! Save the earth. 







Isnin, 22 Ogos 2016

Pilih Kambing Untuk Aqiqah Ilhan

Lambat update, Jumaat lepas lepas balik kerja dalam jam 6 petang kami terus ke kampung Mambau untuk pilih kambing aqiqah Ilhan. Jiran kami, Ustaz Sofi yang berikan no contact tuan empunya kandang kambing. Owner kambing ada share location jadi kami senang nak cari (walaupun kami berpusing2 dekat roundabout Mambau dua kali mencari hahaha). 

 At last jumpa juga lokasi dia... oo betul2 sebelahan jalan Lebuhraya PLus PD-Seremban. Tuan punya ladang pun dah tunggu.


 Umar dan Qaireen kalut nak jalan atas tanah, takut terpijak taik kambing hehehe. Yelah dah nama kandang kambing confirm ler tahi dia bersepah, bulat2 macam makjun kan! kui kuikui

Kambing dah masuk kandang sebab petang nak masuk senja.  Yang dalam ni bercampur kambing tempatan dan biri. Kalau nak buat kenduri boleh pilih yang ini. Tapi kalau nak buat korban atau aqiqah dia akan pilih yang lain bersesuaian mengikut syara' Islam. 

 Hah, tu dia! Kambing pertama. Owner dia dah kurung asingkan dah khas dalam kandang lain. 

 Kambing jenis biri2..  Comei dia, tapi memang tinggi dan besar. 

 Kambing yg kedua. 
Tuan dia bagitau kalau kambing tempatan sesuai masak buat lauk pauk macam kari atau sup. Kalau untuk bakar kambing biri2 lebih sesuai sebab daging dia lagi lembut. Selain tu owner pun ada juga ternak lembu. 

Ilhan first time tengok haiwan berbulu ni rasa teruja. Mulut tak berhenti2 bercakap. Umar dan Qaireen dok perati kambing2 lain dalam kandang tu. 

Settle bayaran deposit separuh dulu. 

Muka Ilhan geram tengok kambing T_T sorry awak kecik lagi tak boleh nak kunyah lagi 


Besoknya pergi gunting rambut kat kedai. Rambut dah panjang, nanti masa kenduri biar nampak smart dan hensem sikit budak kecik ni hehehe.

Nasib baik Ilhan steady, tak takut kena sodok rambut dia tu... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...