Ahad, 2 Oktober 2016

Kemaskan rumah di Aparment Brunsfields Shah Alam.

Hari Jumaat, penghujung bulan september bermakna tamatlah kontrak setahun penyewa kami di apartment Brunsfields, Seksyen 13 Shah Alam. Jadi petang tu kami datang untuk check up rumah sebelum tenant return kunci dan kami pulangkan deposit rumah. Syaratnya rumah mesti dalam keadaan seperti sedia kala sebelum mereka masuk dulu.

Ok, rumah tenant dah bersihkan, barang2 dah dikosongkan. 

Anak2 berkeliaran main berlari dalam rumah. Aku tutup dan lock pintu balkoni. Risau pulak diorang lari keluar, dah ler tinggi, gayat.

Ilhan merangkak merata2 sebab rumah kosong dan lapang.

Bila dah puashati dengan perabot dan barang elektrik dalam keadaan baik maka deposit pun kami pulangkan kepada tenant. Kecuali api air sebab bil tak keluar lagi. Nanti dah deduct baru kami pulang baki dia. Lega sebab rumah dalam keadaan baik walaupun student yang menyewa. Mereka jaga dengan elok 😁😁😁.

Jadi aku plan dengan husband nak bagi rumah ni cat dan pasang langsir dulu sebelum iklan kat web dan admin. Malam tu abang aku singgah amik Qaireen, Umar dan Ilhan balik ke BP. Jadi aku dan husband pergi berdua je ke Shah Alam untuk touch up rumah ni. Senang kerja sikit takut budak2 ni main cat nanti.

Beli cat kat Seremban 2, malas nak pusing2 cari kedai hardware kat Shah Alam.

Sampai2 terus tukar baju, bancuh cat. 

Betulkan rail langsir. 

Semua bilik ada kipas dinding, tapi penuh habuk. Setahun pakai memang tak cuci langsung. 

Habuk tebal giler!!😤😤😤

Dah kerja aku nak kena sental semua kipas2 ni 😥😥😥

Ok, dah siap cat pasang langsir dan cadar pulak. Settle make over rumah, fuuuh. 

Setelah dicat, warna pilihan husband 😀😀😀

Bilik pertama.
Langsir sliding door terlabuh sangat lah pulak, terpaksa bawa balik nak kena adjust potong lagi.

Master bedroom. 

Bilik kedua.

Bilik keempat. 

Ok siap dah, punyalah sibuk buat kerja sampai makan tengahari pun terlupa. Sedar2 dah pukul 3 petang. Patutlah takde tenaga. Hahaha😂😂😂 lepas mandi, solat baru kemas dan turun bawah. Singgah makan kat Giant Shah Alam. Lepas tu jam 5 ptg kami bergegas ke Ikea Damansara nak beli katil anak2 pulak.😊😊😊

Penat tapi harung jela kan...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...