Selasa, 13 Disember 2016

Langit Tak selalu Cerah

Korang jangan pelik pulak tetiba ada gambar Ella ni dalam post aku. Ahaha. Sebelum menulis posting ni, saja aku layan lagu rock Ella ni. Saja jer ahaha!!


Jom layan lagu Ella :)


Ok, citer ni macam ni.

Setahun dulu aku pernah terbaca posting dalam FB Puan Ainon Mohd tentang tempoh berniaga. Ada post dia menyatakan ada perniagaan telah ditutup setelah tiga tahun beroperasi??! Ketika itu aku terfikir adakah kemungkinan perkara ini akan berlaku pada aku??


Ya, akhirnya perkara ini berlaku pada diriku. Bermula Disember 2016 akhirnya secara rasmi aku meninggalkan perniagaan pertama yang telah aku ceburi sejak tahun 2011. Tupperware.. Aku tinggalkan pada ketika ini aku telah pun rank menjadi Star Director. Dan mempunyai hampir 50 consultant atau downlines. Dan seorang director di bawah aku....



Reminder, leader bagi hint yang aku ada lagi baki RM202 untuk kekalkan rank aku. Jumlah tu sedikit jer. Tapi aku nekad amik keputusan untuk tak teruskan. 


Dalam seminggu sebelum mengambil keputusan itu aku termenung juga, pikir punya pikir betul ke apa yang aku buat? Setelah sekian lama berjuang dan pertahankan kumpulan dan sales, tiba-tiba aku putuskan untuk tinggalkan semua itu...??

Jika dikira pada tahun Jun 2011 sehingga ke bulan ini, Disember 2016 (lima tahun) sales aku hampir mencecah RM400 ribu dan telah merekruit team consultant seramai 74 orang! Jadi kenapa agaknya boleh terjadi macam ni?


Tiada Kerjasama Kumpulan. 

Walaupun aku mempunyai ramai ahli di bawah aku, hakikatnya aku sahaja yang berseorangan mengendalikan sales. Tiada komunikasi atau kerjasama yang rapat daripada downline dan juga upline aku. Hanya satu kepala sahaja iaitu otak aku. Otak aku yg satu ni asyik berfikir macamana nak mengekalkan matlamat dan strategi sales kumpulan! Bagaimana nak naikkan sales, dan mencari protege baru yang benar2 berwibawa untuk aku naikkan ke lebih tinggi. Ini membuatkan aku letih (ayat ini tak patut disebut oleh seorang usahawan yang kental).


Pasaran tepu. 

Tiada produk yang menarik dalam pasaran kini. Setelah lima tahun aku tepu menghadap produk yang sama. Aku seolah2 dah bosan bila melihat produk yang sama sahaja, cuma warna sahaja yang berbeza. Melihat katalog setiap kempen baru sudah tidak menjadi perkara yang mengujakan bagi aku. Biasa2 sahaja. Lebih2 lagi ketika ini semua dihimpit dengan kos kehidupan yang meningkat menjadikan sales slow sejak tahun 2015 hingga kini.


Cash Flow.

Bab ni paling aku jaga, keuntungan yang dijana hanya kecil sahaja walaupun masih ada jualan dan komisyen. Tetapi jika dikira dengan kos postage, minyak dan stok yang ada, masih lagi kurang menguntungkan. Tak menjana keuntungan banyak mana pun pada situasi ekonomi sekarang. Dan pembayaran pun tertangguh2 dari kalangan customer adakala mengugat aliran cash flow business. Tapi selaku penjual aku kena faham situasi pembeli namun sejak akhir2 ni sukar nak kekalkan positif cash flow. Lagilah parah sejak GST diperkenalkan dan ada kenaikan kos hidup sejak tahun 2015. Semakin kurang demand dari customer.


Usia 

Ahaha ni faktor paling lejen kot. Aku kira dalam usia ni aku tak nak nak kejar apa2 lagi dah. Apa yang ada sekarang sudah lebih dari cukup Allah berikan. Lagipun aku memikirkan buat apa aku bertungkus lumus mencari semua ini sedangkan itu bukan matlamat atau keutamaan aku. Jadi tak perlu kita serabut kepala ahaha.


Putus Asa 

Ini adalah penyebab utama aku rasa, setelah sekian lama berjuang dalam business tupperware akhirnya tiba satu masa aku dah jadi give up. Aku pun rasa dah tak de hati dah nak teruskan perniagaan Tupperware ni... Hairan juga mana pergi semangat dan kesungguhan yang aku pertahankan sepanjang aku berkecimpung dalam business part time aku dulu? Mungkin ni disokong atas perkara2 di atas sana. Walaupun aku mempunyai anak2 kecil tapi itu bukan punca aku meninggalkan perniagaan part time.

Semuanya alasan2 di atas tu sepatutnya seorang usahawan kental perlu elakkan.. Cuma aku ni bukanlah seorang usahawan yang kental. Lebih kepada seorang yang suka merealisasi pada matlamat dan sasaran ditetapkan ahaha.

So, selamat tinggal Tupperware. Terima kasih kerana perniagaan ni banyak mengajar aku tentang erti perniagaan. Mengajar bagaimana berkomunikasi dengan sesama manusia. Dari Tupperware juga aku banyak meningkatkan interpersonal diri. Belajar meningkatkan keyakinan diri. Berusaha bersungguh2 mencapai apa yang ditarget. Ke sana sini mencari stok T_T. Jika dikenangkan memang sedih... Pengalaman yang sangat berharga. Tapi itulah makannya kalau orang dah give up kan...

Tapi apa yang aku dapat, hati aku rasa tenang. Tenang uruskan kerja hakiki, dan tugasan di rumah. Melepaskan perniagaan ini umpama melepaskan bebanan pada aku. Tak payah pikir target sales setiap bulan hehehe.


Jadi secara automatik, aku menutup semua rangkaian atau link berkaitan perniagaan part time Tupperware. Tiada lagi pertanyaan berkaitan produk atau plan business. Yang ada cerita dalam blog ni sahaja, kenangan2 yang aku lalui ketika menjalankan perniagaan tupperware. 








Dapat achievement- so dapat FREE semua set TupperChef 


My lovely leader T_T

Our Tupperware team..

I will miss u'olls

Terima kasih atas segala rezeki yang Allah berikan dalam perniagaan ini.  Since 2011 until now. Alhamdulilah. 
Semoga diberkati olehNYA. Amin.. T_T



Jom layan lagu rock!! Ooo ooo ooo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...