Khamis, 2 Februari 2017

Beli kasut sukan baru dah...

Kasut aku dah kopak, kali kedua. Dah hantar repair sebelum ni. Dan kopak lagi. Lama jugak usia kasut tu since aku kerja lagi kat Sarawak. Jadi kena cari kasut baru. Husband bawa aku cari kedai sukan kat PD tapi aku blur. Pasal aku selalu beli kat BATA jer hehe jenama cap Power kan :) Murah...

Lepas tu singgah kat Al Ikhsan Port Dickson. Wah kasut mahal2 wei... Aku masuk sini untuk beli sandal anak2 jer (confirm tahan lasak). Mak ayah diorang layan kasut BATA jer ahaha. Belek2 ada juga yang aku kenan kasut ASICS, harga bawah RM200 untuk pompuan. Running shoes. "Tapi saiz dia paling besar 8 1/2 jer kak" budak saler tu bagitau. Hah memang masalah betoi! Kalau cari kasut payah sebab tapak kaki kau macam omputeh ahahaha!! Saiz 9 tu!! Baru muat rasa selesa huhuhu.

Nak saiz besar ada tapi jenama NIKE ker ADIDAS. Pergh pengsan aku, harga maik aiii lebih RM200 ke atas tu huhuhu T_T 

Husband kata kat tengah kedai ada bakul kasut longgok tu mesti ada tu yg murah, cer tengok. Aku pun pilih2 ada lah juga saiz 9, tapi longgok pun harga dia boleh tahan RM150 hingga RM200 lebih pun ada hahaha. Kata longgok dik, pasai apa mahal juga ni hehehe. Budak tu cakap 'harga dia separuh dah kak, sebelum ni memang mahal. Jadi clearance stok jimat banyak. Tapi saiz ni jer yang tinggal'. Korek2 ada yang berkenan...

Tadaaa...
Harga dia RM179.00 .... Ish first time beli kasut sukan mahal niii. 


Ni pun nampak macam pompuan sikit, yang lain macam besar sikit. 

Oklah, jimat RM130.00 dalam resit tu tulis. Kira harga asal RM300++. Boleh lah aku lari lagi lepas ni, rasa nak kena fit kan badan ni balik. Rasa badan ni dah macam lagu Sheila Majid dah. "Jangan Kau Tua Sebelum Waktunyaaaaaa Truut tut tut tut..."







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...