Isnin, 6 Februari 2017

Drama di pagi hari sekolah

Hari ni aku dan husband lewat 20 minit masuk kerja. Sepanjang tahun lepas dan awal tahun ni tak pernah kami lewat. Tapi pagi ni ada drama yang berlaku....

Selalu sampai di depan sekolah jam 7.30 pagi (on time kadang2 lewat lima jugak) terus aku gegas bukak pintu dan amik beg anak2 dan pakai kat kat mereka. Salam dan peluk cium, mereka terus jalan masuk sekolah. Tapi pagi ni lain sikit. Tetiba jer Umar Shafiy terus menangis, meleleh2 air mata dia. Tak nak pergi sekolah!! Aaah sudah, tak pernah2 macam ni. Kakak dah hilang masuk terus ke sekolah, tinggal adik dia tu dalam kereta.

Aikkk pelik sungguhlah sepanjang pagi kat rumah dan dalam kereta dia ok jer, senyap bercakap sekali sekala. Tup2 bila depan sekolah terus dia buat drama dah, berlinangan air mata. Nangis sungguh.

Aku cuak "Eh budak ni kena torture ke kat sekolah sampai takut macam tu sekali???" "Kenapa tak pergi sekolah? Apa masalah nyer, cuba bagitau!"

"Cikgu garang!! huhuhu. Umar kena denda diri depan kelas..." laaaa itu jer ke, si Qaireen tu kena denda macam2 dengan cikgu tapi dia rilex jer. Anak manja sungguh lah Umar ni. Denda pun sebab tertinggal buku, cikgu dah pesan suruh bawak.

"Ala cikgu nak ajar bagi pandai. Ingatkan kat kita. Kalau tak sekolah nanti rugi, tertinggal kelas. Sampai bila Umar tak pandai baca, tulis dan mengira. Takkan kita nak jadi bodoh selama2nya kalau tak sekolah.... Nanti cikgu datang cari Umar" pok pek pok pek aku dan husband bebel dalam kereta. Tak nak paksa, nanti lagi kuat ler dia meraung2 sedih, adoiii!!

Kira dekat 30 minit kami berhenti depan sekolah memujuk Umar untuk pergi sekolah! Aku siap matikan enjin kereta "selagi Umar tak masuk sekolah selagi itu ibu dan ayah tak pergi dari sini!!" Pujuk lah punya pujuk sampai husband pun dah kering idea nak pujuk macam mana lagi. Ilhan dah merengek sebab panas dalam kereta, boring juga sebab lama menunggu. Aku bawa Ilhan keluar amik angin jap. Dalam hati terus berdoa, Ya Allah Kau lembutkan hati anak aku untuk dia pergi ke sekolah. Permudahkan lah urusan hambamu ini.... Sungguh aku tak tau nak buat macam mana lagi. Jam dah pukul 8.05 pagi T_T.

Aku masuk balik kereta, startkan enjin. Umar masih tak berganjak dari tempat duduk. Husband bagitau kalau tak pergi sekolah polis datang tangkap Umar nanti. Nak jadi citer kebetulan pak guard sekolah datang kereta tanya husband. Umar cuak.. "hah tengok Umar, polis dah tanya tu!!Nanti dia patah balik sekali lagi dia amik tangkap ayah nanti sebab tak masuk kerja!!" hahahaha. TErus Umar gerak keluar dari kereta. Muka dia sugul jer, husband amik air basuh muka dia. Bagi sapu tangan lap air mata. Jom ayah hantar ke kelas... Umar pun jalan pelan masuk sekolah dengan ayah dia. Peewwww lega sangat2.

Korang perasan tak? Anak aku lebih takut polis dari takut ibu ayah dan cikgu dia. Bertabahlah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...