Jumaat, 3 Februari 2017

Umar check gigi

Dah lama juga Umar ngadu sakit gigi. Aku pulak tangguh2 nak pergi klinik gigi T_T. Sebab sekolah dia penuh pagi dan petang. Kalau tiada kelas KAFA pada hari Khamis dan Jumaaat tapi aku pulak ada kelas dan projek time tu.

Last2 semalam aku dan husband berkesempatan pergi klinik gigi Pasir Panjang, bawa Qaireen dan Umar sekali. Lantaklah viral sekarang kata bayaran charge klinik gigi dah naik, aku rasa masih murah lagi tu. Siap buat GL, jadi kenapa nak kecoh2 kan ahahaha!!! Tak payah bayar apa2.

Sampai pukul 3 petang masuk klinik gigi, aisey... diorang kata petang ni tutup. Ada kontraktor buat wiring dalam bilik tu... Hmmm tangguh lagi. Aku tengok Qaireen frust giler, dia teruja nak jumpa doktor gigi dari semalam hehehe. Aku kalau dulu masa kecik mesti cuak punya nak jumpa doktor gigi...jadi gigillll!!!

Malam tu Umar ngadu sakit, susah nak kunyah. Husband check. Wargh bengkak kat bawah gusi, macam nak tumbuh gigi baru!?? Alamak, gigi susu dah buang lagi takkan gigi baru nak tumbuh? Gigi geraham pulak tu?? Besok kena pergi klinik gigi jugak. Memandangkan klinik Pasir Panjang tutup minggu ni, kitorang bawak dia ke klinik gigi Port Dickson lah..

Besok kena lah cuti tak pergi sekolah. Hantar Qaireen ke sekolah dan Ilhan ke taska, kitorang pergi sarapan dulu. Tunggu pukul 8 pagi klinik baru bukak.


Makan bihun sup, nak kunyah payah katanya..


Pergi klinik ni, daftar dulu. Pagi pun dah ramai orang dah tunggu.

Sambil2 tengok dan baca kat luar klinik tu. Hah banyak betul nasihat KKM suruh jaga gigi. 


Ok tunggu jap nombor kena panggil. No giliran 10 yek. Sekejap lagi tu. 

Tunggu sekejap jer, doktor panggil. Check2 semua gigi dia atas bawah. 

Kat dalam tuUmar cuak, nak aku teman dia hehehe. Tak boleh nak amik gambar. Banyak juga gigi dia fracture. Disebabkan karies, gigi jadi reput. Punca suka makan makanan manis. AKu hairan betul, kira aku dan hamdan tegas juga tak bagi dia makan gula2 atau coklat. Tapi Umar boleh tahan jenis degil juga. Curi2 makan kalau sambutan harijadi dari tadika lagi, ada goodies beg dari cikgu bagi memang banyak makanan jajan yang dia telan. Gigi Qaireen masih ok lagi. Elok lagi. Sebab dia pantang tak boleh makan jajan. 


Tunggu giliran kat Farmasi. 
Amik antibiotik, tak boleh buat apa2 cuma kena bagi bengkak tu susut dulu. 
Jadikena habiskan antibiotik, baru lepas 5 hari datang balik ke klinik untuk follow up. Hm kena sabar dan tunggu dulu jelah lagi. Ye nak, jangan makan manis2 lagi yek!! Sakitnya tuh di sini. Susah nak makan dah...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...