Khamis, 27 April 2017

Makan dan makan dan makan...

Bila cuti lama sebab Hari Israk Mikraj dan Pertabalan Agong, wah lama cuti tu!! Jadi kerja aku makan ajelah.. Termasuklah husband sekali hahaha!!

 Makan takoyaki homemade. Jiran kami buat. Siap deliver ke rumah lagi. 13 biji harga dia RM12 ringgit saja. Murahkan! Sedap dap dap pulak tu, anak2 yang bantai abiskan.

Balik Batu Pahat, pagi2 pergi Jalan Pasar. Cari mee rebus special. Special ada letak sate ayam dan daging, disimbah dengan kuah kacang >_<

 Lepas tu minum petang, makan roti nan garlic. 

Hehehe Umar boleh pulak ingat yang tu chess, sungguh2 dia makan dan abiskan. 

 Nak balik Seremban singgah Muar jap. Perkena mee bandung muo T_T

Lokasi aku dah share dulu dalam blog ni. Kat Tanjung Agas. Sederet dengan Stesyen Minyak Petronas. 

Qaireen mula2 makan macam malas jer. Last2 makan licin. Habis, sedap dia cakap :)


Sebelum gerak balik singgah kedai Murtabak Singapura pulak dah. 

Aku beli bungkus murtabak special, kalau murtabak special ni letak lebih daging dan telur. Kalau lain negeri lain lain resipi dan bentuk murtabak dia kan. Kedai dia bersebelah beberapa buah kedai dengan mee bandung muo ni. Aku selalu makan ni masa kecik2 ayah kalau time gaji dia akan singgah beli untuk anak2 dia makan. Kenangan sungguh T_T. Sorry tak sempat snap gambar murtabak sebab sampai rumah, kitorang terus makan sampai licin hehehe.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...