Selasa, 15 Ogos 2017

Buat cucur viral

Kalau aku dan family dengar lagu iklan Cucur Adabi tu confirm rasa nak ikut menyanyi sekali... Hehehe terbayang pulak cucur Adabi ni bila kita goreng dia jadi bulat elok jer kan... Camne dia buat yek? Aku pun selalu buat cucur jadi leper elok jer... Macam cucur biasa jual kat gerai tepi jalan tu. Sekali sekali nak juga dapat buat macam cucur Adabi tu, bulat molek jer.




Akhirnya ada juga orang viralkan macam mana nak buat cucur bulat elok tu dalam Facebook. So aku pun cuba lah mia mia mia.

Resipi dia:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas (mendidih tau bukan yang suam2 punya)
Serbuk ikan bilis (goreng tanpa minyak lepas tu kisar bagi halus).
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah

Option
Susu pekat manis (1/2 cawan kalau nak ganti cucur ikan bilis). Yang ni cucur lemak manis punya.

Masa aku letak air panas, mak ai berkepul2 asap. Camna nak gaul sebati, panas weiii. Terkial2 dibuatnya. Gaul2 sampai jadi doh. Aku gaul lambat jadi berketul2 pulak doh dia. Ahh lantak lah, dah lambat masak, anak nanti lambat sarapan kuikuikui

Lepas tu tuang sikit minyak dalam mangkuk, sebab nak uli dengan jari jadi bulat2. Kalau tak nanti dia melekat2 kat jari tangan. Tak kan kat jari kaki kot... 

Tak comei mana pun aku uli. Ceh!!
Uli dulu siap2 tepung tu, buat masa tengah panaskan minyak. Nanti nak goreng senang. Jari tak bertepung atau berminyak kan...

Siap goreng, rajin2 balik2kan cucr dalam kuali. Bukan balik2kan kuali tu hehehe. Ni pun abis anak2 makan. Rasa dah jadi macam nuget pulak. Nuget cucur ikan bilis. Janji habis dimakan noh...


Selamat mencuba korang... Gud Luck!! Gambate!!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...