Jumaat, 8 September 2017

BERCUTI DI MELAKA || THE SHORE HOTEL AND RESIDENCES part 2



Pagi pulak, 29hb Ogos hujan lebat.. Dia punya sejuk, pergh tak boleh nak cerita. Rasa kejang je kaki aku ni. Lepas solat subuh terus siap2 keluar cari sarapan. Aku ajak husband cari kedai Roti Canai Kayu Arang kat kampung area Bachang, Melaka. Dekat je dari Hotel Shore. Tak sampai 10 minit. Pukul 7 pagi dah sampai. Orang pun tak ramai lagi.

Lokasi The Shore dan Kedai Roti Canai Kayu Arang dekat sahaja, dalam 10 minit perjalanan.


 Pagi2 dah ramai orang beratur  nak bungkus roti canai dan nasi lemak tuh dia!! Kena tunggu ye dik...

Tak pe, kita sarapan dulu sementara menunggu makanan ditapau. 

 Nasi lemak dia sedap, husband teruja tengok nasi lemak ada sayur kangkung sebab selalunyer bagi timun. Aku dah biasa pun makan nasi lemak kangkung dari kecik lagi kui kui kui... 

Pagi2 ni yang sarapan selalunya orang nak pi kerja dan orang kampung area situ. Jadi tak ramai lagi, senang nak order nak makan. 

 Ok roti canai bungkus siap!! Tunggu nasi lemak bungkus pulak. 

Balik2 hotel, budak2 ni dah bukak pintu siap pakai baju mandi nak turun ke level 9 nak ke swimming pool. Kebetulan hujan dah berhenti. Aku tak bagi turun dulu, makan sarapan dulu. Lepas tu baru mandi. Lagipun sejuk weiii!! Baru lepas hujan.

Kak lela tengah panaskan balik lauk pauk tapau kat Umbai Grill Fish semalam pakai microwave. Aku dah prepare bawa jag, nescafe dan susu pekat dari rumah siap2. Senang nak bancuh air panas. Ada dapur senang ler nak buat masak apa2 kan.

 Roti canai dia memang lembut. Tapi mak ayah memang suka makan nasi lemak dia. Banyak. Menyesal pulak aku tak bungkus banyak2 ahaha. 

Dah kenyang makan baru turn mandi, kitorang turun lambat sikit. Ady dan kak Lela bawak budak2 turun awal lagi. Memasing dah tak sabar nak main air. 

 Hujan dah berhenti, langit pun semakin cerah. 

 Tengok kelibat anak2 tengah mandi ke main air tu..

 Kan dah cakap, air dia sejuk!! Heheh mengigil lah korang macam mandi air terjun. Aku baca review ramai cakap air dia sejuk sebab mungkin kat level 9 kan. Tambah lagi baru lepas hujan. Grrrrrrrr.

 Ilhan tak sabar nak main air. Tapi sejuk dia pun jadi takut ahaha!!

 Ketar Adam... Nak berendam pun tak sanggup. 

 Qaireen je tahan main air tak berhenti2. 

Ni part paling best tunggu nak kena splashhh dengan air dari timba tu... 
jaga2 air dah turun tu!!

Splasssh!! 
Alahai boleh pulak ada orang blok gambar ni huhuhu. 


Ok, kami kesejukan.... Grrrrrr 
ahahaha!!
 
 Ok, memang surrender nak mandi lagi. Sebab sejuk sangat. Pikir jap nak main apa lepas ni. 

 Husband, Helmy dan Ady dah hilang naik atas gym ni. Nak exercise katanya. Nampak kelibat husband gigih berkayuh kat atas tu kui kui kui. 

 Pool untuk orang dewasa. Besar betuii..

 Ilhan kejap nak mandi, kejap tak nak. Sejuk lah ..

 Amik gambar Kampung Morten, kalau siang nampak biasa jer. Cuba tunggu malam confirm bercahaya2. Kamera aku blur sebab dah sejuk sangat kat atas ni. Langit pun mendung aje...

 Pukul 10 pagi diorang on bubble jakuzi. Ok nak main massage bubble boleh baring atas ni hua hua hua. 

 Ok, dah jom kita pulang. Kemas barang. Mandi. Abiskan makanan pagi tadi . 

Sebelum balik, Pak Su nak belanja budak2 ni masuk Oceanarium. Nak tengok ikan. 


Ilhan teruja tengok ikan ni. Pada kami biasa je, sebab mungkin dah pernah pergi Underwater World di Langkawi. Memang tak boleh lawan dengan suasana di sana. 

Bertolak Batu Pahat pukul 2.00 petang, sembahyang Zuhur dulu. Ady dan Kak Lela balik Kajang. Hari Merdeka nanti balik Johor. Kitorang bawak balik Afiq dan Adam sekali balik Johor. On da way balik singgah kat Mee Bandung Muar. 

Makan dulu isi perut. Badan pun dah letih dan mengantuk dah huhuhu. 

Tunggu budak2 abihkan mee bandung. 

Pukul 4.30 baru sampai rumah. Adui letih badan. Aku besoknyer terus selsema sebab sejuk sangat main air kolam. Kaki pun asyik kejang je dan sakit urat sapu minyak panas huhuhu. Telan panadol ler jawabnya. Apa2 pun memang percutian singkat yang menyeronokkan untuk kami sekeluarga. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...