Rabu, 27 September 2017

Berkelah dengan family di Port Dickson

Cuti Awal Muharam 1439H jatuh pada 22 September hari Jumaat. Jadi kira dapatlah tiga hari bercuti kan. Mak ayah datang jejalan ke Rantau dan Sendayan jenguk anak2 diorang. Yela anak2 dah pilih nak jadi orang nogeri nak wat macamana.

Malam Sabtu tu ayah dan mak dari rumah Ady di Rantau datang rumah kami. Nak ajak ke PD besok, sebab Ady dan Kak Lela nak amik bip dan tshirt di sekolah Telok Kemang untuk marathon hari Ahad nanti. 

PAgi tu lepas sarapan kat mambau, terus ke sekolah Telok Kemang amik bip. Masa ni kete dah start banyak. Telok Kemang dah start jem sikit sebab ramai yang datang bercuti dan berkelah kat sini. Kitorang cadang berkelah kat Blue Lagoon jer a.k.a Tangjung Biru lah kan. Situ port yang paling ok bagi aku nak bawa anak2 pergi mandi laut.

Kat Tanjung Biru pun ramai giler orang, kete bersusun2 nak masuk!! Hah nasib baik ler aku tau port rahsia nak pergi, nak parking pun senang nak cari port berkelah pun ok. Cuma kena selit2 sikit jalan masuk tu. Dan menapak jauh juga kalau nak pergi tandas atau bilik air untuk mandi. Cuaca pulak mendung jer baru lepas hujan pagi tadi. Oklah takde lah panas sangat.

Ok dah dapat port yang ok untuk bentang tikar. 

Budak2 tak sabar nak tukar baju mandi dah. 

Tengok ibu nak amik gambar Ilhan dengan atuk dan wan.

Bawa mak dan ayah rehat2 santai di hari Sabtu ni.

Bilik persalinan sementara. 

Ok, ready nak mandi. Tapi Ilhan kecut jugak tengok ombak kat pantai ni.

Hari tu cuaca redup jer baru lepas hujan. Jadi takde lah rasa sunburn sangat. 

Iyeah berenang2 ke hulu. Afiq, Adam dan Qaireen syok mandi air laut. Umar je tak nak mandi. Dia takut sikit dengan ombak.

Hahaha Ilhan rasa geli bila kaki dia pijak pasir. Berkerut muka. 

Mak ayah tengok je dari pantai, malas nak main air. 

Last2 Ilhan naik atas, sejuklah nak main air. Pergi kat atuk dia. 

Hah, duduk kat sini lagi best kui kui kui.

Ok sikit lah kat sini, pantai belah kiri ni bersih dan terjaga. Yang penting aman, tak crowded. Aku pergi ke pantai sebelah kanan, Ya Rabbi penuh betul khemah dan orang kat area sana. 

Main pasir dengan abang pulak, dah jadi macam abg dia takut nak main air. 

Jom kita tanam Afiq!!

Timbus, jangan tak timbus. 

Ok, tinggal di sini sampai malam yek!

Dah2 nanti lemas pulak anak orang.

Jom2 main air pulak.

 Main tangkap bola. 

Ajak Umar main tak mau dia. Tak nak ke tengah laut pun. Takut...

Air dah mula surut. 

Penat mandi laut, budak2 merata cari siput dan belitong. Nak buat masak balik nanti... euwwww. Makan ker korang nanti!?

Baru lepas mandi dan tukar baju. Laporlah tu baru lepas mandi laut.

Ilhan pun sama. Penat main pasir.


Pak long tolong make over rambut Umar. 

Syiok main buaian tu kan, aku tak berani nak naik. Nanti dahan dia sekah pulak T_T

Ok dah kemas nak balik. Plan solat zuhur kat Masjid Politeknik jer. Lepas makan tengahari. Jam dah 1.30 tengahari. 

Umar lapor ler tu, sibuk korek cari benda nak dimakan. 

LEpas solat, makan tengahari kat depan jalan msuk Pasar Telok Kemang. Sebab nak tengok Puasat Ikan Hiasan pulak dah. 

Tunggu nasi ayam, tu je makanan yang ada. lauk pauk lain dah habis licin dah. Maklumlah dah nak dekat pukul 3 petang dah. 

Ni dekat Jeti Nelayan Telok Kemang, nak masuk Pusat Ikan Hiasan. Hari hujung minggu memang ramai orang datang. Kena parking jauh sikit. 

Boleh tengok penyu dekat2 kat sini, tapi tak boleh sentuh yek. 

Penyu banyak rupanya kat sini. Diorang ada wat kajian pemakanan penyu2 tu kat sini.

Jinak betul, tak takut orang. Agaknya dah selalu tengok orang datang tu yang dia tak takut dah.

Tempat penetasan telur penyu. 

Uii banyak juga yek penyu bertelur sekali keluar dekat 60 biji hah!!

Tengok dalam Pusat Ikan Hiasan, diorang ternak coral. Nak bagi coral membesar. 


Amik gambar kat mural ramai2.

Cantik2 sea coral dia, ni baru peringkat nak mula dibiakkan dan pembesaran. Ini kalau bela ikan dalam aquarium sure best. Rasa tenang dan tenteram je tengok sea coral dan anak2 ikan berenang-renang.

Nak snap gambar ikan nampak kelibat husband terkenyeh di sebalik aquarium tu hehehe.

Wah ada Dory lah, dia hilang ingatan nak balik tempat asal kot. 

Ada juga sea coral yang dah besar, bila kena cahaya keluar warna2 dia yang tersendiri.

  Penyu ni dah setahun umur dia. Buat kajian ada yang makan timun, sotong, ikan dan dedak. 

Penat dah pusing2 dalam Pusat Ikan Hiasan, barulah bergerak balik ke rumah. Adui penat dah badan dibuatnyer. Tapi rasa happy bawa family berjalan2 sambil riadah. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...