Isnin, 11 September 2017

Pasang Lampu dan Kipas Rumah Baru Ady

Lepas cuti Merdeka dan Raya Haji, mak ayah datang sekali lagi ke Rantau nak tengok progress rumah anak dia. Hehehe memang sekarang mak ayah rajin mai negeri Sembilan, al maklumlah anak2 dia pakat2 beli dan duduk di negeri Sembilan pulak sob sob sob. Ditakdirkan di situ rezeki kami adik beradik, nak buek camno...

Kak LEla mintak mana2 no kontraktor kat kami sebab nak pasang lampu dan kipas. Aku bagi no Anwar, dia ni orang bangladesh tapi dah mastautin dekat Malaya kira lama dah. Dah ada company sendiri, pekerja sendiri. Boleh buat kerja pemasangan kabinet, tiles, porch atau buat rumah pon boleh!!

Opss ni bukan kontraktar upah pasang lampu dan kipas ye. 
Ni ayah aku tengah buat inspection :)

 Ok pass, oklah Mr Anwar pasang tu...

 Mak ceria je, bersemangat mak nak tidur rumah baru anak dia. Walaupun takde lampu kipas belum pasang lagi. 

Dah pasang lampu dan kipas kat hall, jadi kena kemas balik sebab dah berhabuk semula. 

 Biasalah kalau pindah rumah ni kalau selagi tak siap memang ada jer kerja kena buat. Memang penat nak mengemas, tak abis2 kemasnya tu. 

Hahaha mak aku ni pantang kalau tengok ada sawang atas siling keh keh keh, sebab tu aku kalut kalau mak aku nak datang rumah. Nanti dia akan bising suruh bersihkan mana2 sawang yang ada. 

Maka abang aku pun kena ler swap sawang2 yang ada atas siling. Padahal baru jer rumah siap, dah ada penghuni buat sawang kat siling. 

 Mak duduk luar sebab kami nak kemaskan sapu dan basuh balik lantai sebab habuk siling dan dinding kena tebuk nak pasang lampu dan kipas. 

 Ilhan pun nak duduk lepak dengan wan kat luar rumah. 

 Kesian Ilhan tinggal sorang2, abnag kakak dan sepupu2 lain dah main jauh2 naik basikal. 

 Ok, kerja en Anwar dah settle. Siap dah pasang semua hall dan bilik. 

Yeah, dah ada dah lampu dan kipas kat rumah Pak Long ni. 
Bagus juga rumah dah pasang siap2 piping aircond dalam dinding. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...