Pages

Rabu, 21 Februari 2018

Jejalan di Iringan Bayu, Seremban

HAri Ahad lepas, 11 Februari saja ajak husband ke Iringan Bayu, dekat je dengan BAndar Sri Sendayan. Turun nak menghala ke Mambau. Sampai kat sana rupanya diorang ada buat Wind Festival. Patut tengok ada orang main layang2 kat situ. Kitorang datang awal juga dalam jam 10.30 pagi.

Tentatif program untuk dua hari tu.

Dapat 5 keping kupon makanan. 

Masuk kena register dulu, lepas tu like page Iringan Bayu di Facebook. Nanti kita akan diberikan kupon makanan untuk ditebus di beberapa food truck depan kaunter. Tapi tak makan dulu, kenyang lagi sarapan. Nak view show house dari developer OSK ni sebenarnya. Tapi tak siap lagi. Masih dalam progress. Ingatkan dah ada dah. Jadi kita tengok je plan layout dia. 

 PASTURA. Klasiknyer nama dia.
Terbaru yang tengah hot diorang iklankan sepanjang jalan seremban ni.
Ada 4 bilik tidur dan 4 bilik air.
Harga bagi bukan non bumi ialah RM390k.
Kalau bumi lot RM350k lebih kurang macam tu lah. 

Keluasan binaan adalah 20x65 kaki persegi.
Rumah design untuk double storey sahaja.

Yang unit corner lot semua dah abis ye kena booking. Tinggal intermediate sahaja ye.

Husband dok tanya tentang fasiliti yamg ada kat kawasan perumahan ni nanti.
Kata staf atau ejen, nanti klinik, balai bomba akan dibuat di kawasan ini. O_O yeke??

Developer lebih fokus pada perumahan sahaka. Jadi tiada shop lot, sebab dah berdekatan dengan Bandar Sri Sendayan. Kira tumpang kemudahan di BSS sahaja. Besar wei tanah dia.. 

Lagipun Iringan Bayu akan confirm berjiran dengan BSS. Satu jalan access akan dibina untuk pergi ke BSS di roundabout Nusari Bayu yang pertama sekali kalau korang ikut jalan dari Lukut-Mambau tu. 

Qaireen tampal sticker kat tangan dia. 

Kemain Ilhan dapat pin wheel. nak dapatkan ni kena like FB atau post gambar banyak2 kat IG dengan hashtag #iringanbayu #seremban

Punya banyak pin wheel syok pulak tengok dia berputar. Ni kawasan macam berbukit jadi sentiasa berangin sahaja. 

Budak2 ni terpegun tengok benda tu berpusing2 kih kih kih. 

Kemain diorang possing


Qaireen nak sibuk cari angin nak bagi pusing pin wheel dia ahaha 


Banyak pulak basikal2 comel kat sini. 


Kemain Umar possing, nak ajak balik pun susah tak nak tinggal tempat ni. Dah lah tengah panas terik sebab dah nak masuk tengahari. 

Kitorang tukar kupon makanan dengan air coconut shake dan dapat satu chicken chop dan burger ayam. Dapat juga sekotak ayam gunting. Sorry takde gambar sebab nak pegang barang banyak hehehe.

Balik singgah Mydin kejap sebab nak beli barang dapur. Sempat lagi Ilhan main kete mainan kat situ. Kita layankan aje walaupun badan semua dah kepenatan. 



Selasa, 13 Februari 2018

Main petang di playground

Sebab playground sebelah rumah jarak dalam 10 langkah jer, maka hari2 ler Ilhan ajak keluar "Jom! Jom! Jom!". Nak main kat playground. Tak dilayan kesian pulak. Ada lah dalam 30 minit untuk diorang bermain sebelum jam 7 petang.


Apalah budak2 ni duk peratikan kat bawah tu?? Pelik camna ada pokok boleh tumbuh celah2 batu tu yek??

Belajar panjat, dilatih oleh abg Umar Shafiy ni. 

Ok, kali saya cuba sendiri pulak!! >_<

Ala susah2 kita panjat guna tangga jelah, kui kui kui.

Kakak dan abang tengah tengok kapal terbang lalu di atas langit. Bandar Sri Sendayan ni memang lalulintas kapal terbang saje sebab dekat dengan KLIA. 


 Nak amik gambar, mana reti duduk diam budak2 ni. Tambah lagi si Ilhan excited nak main kat mainan lain.

Jenuh ler Qaireen nak pujuk dia duduk diam. 

 Hahaha larik!!!

 Main jongkang jongket pulak


 Dah berani dah Ilhan nak main benda alah ni, sebelum takut je kena ayun tinggi2. 

Steady yeah!! Ok dah pukul 7 dah. Jom balik nak magrib!!




Jumaat, 9 Februari 2018

Servis Kabinet Dapur.


Minggu lepas aku dapat call dari Boey manager Poh Seng ID Seremban 2. Dia bagi tau bila aku free, diorang nak datang servis kabinet dapur. Aku terkejut jugak. Tapi memang tu adalah promotion dari Poh Seng, diorang akan datang ke rumah pelanggan yang sudah mengunakan beberapa tahun kabinet tersebut. Jadi rumah kami terpilih antara banyak2 pelanggan dia di Bandar Sri Sendayan tu. Kira dah nak masuk empat tahun kitorang guna kabinet ni.


So hari Sabtu pagi tu diorang datang, aik tak sempat nak kemas dapur lagi keh keh keh. Terus check bukak tutup semua pintu kabinet. Tarik keluar masuk semua drawer laci. Tengok kalau ada yang sangkut atau rosak. Kebetulan ada dua pintu kabinet aku dah loose. Tak boleh tutup rapat. Ingat nak call diorang suruh betulkan, tapi aku asyik lupa. Mujur ler ada promotion servis free macam ni. Alhamdulilah rezeki.

Masuk2 je terus diorang buat kerja. 


 Charles terus gilap dan kilatkan balik pintu kabinet wet kitchen di belakang. 

 Yang ni diorang tengah baiki pintu kabinet, dua2 tak boleh nak tutup rapat. Ilhan kerjakan, asyik bukak tutup jadi tempat mainan dia pulak. 

 Pekerja yang atas tu tengah kilatkan balik pintu kabinet dry kitchen. Kat area sini kami guna pintu jenis 4G. Glasses. Sekejap je diorang repair. Memang team diorang bawak lengkap semua tools. 

 Alamak terbongkar semua rahsia periuk2 dalam kabinet tu hahaha. Charles tanya kenapa tiles tercabut?  Kui kui ui akulah punya angkara. Sebab panas kan hari2 masak lama2 tiles tu longgar nk tercabut. Aku pulak duk tekan2 tiles tu sekali terus tercabut dan jatuh pecah. Hah kira masak sambil bersilat ko!!

Aku lap pakai Cif je, rupanya ada special spray untuk kilatkan kabinet dapur. Charles kata boleh beli kat kedai DIY.


Area sinki ni Boey suruh pekerja dia buangkan silikon lama, gantikan dengan silikon baru. So dia pun toreh potong buang silikon lama tu. 

Boey duduk tepi je pantau husband dan staf dia buat kerja ahaha. 

Lepas tu aku suruh diorang quote harga untuk buat pintu kabinet baru sebab nak tambah lagi pintu kabinet. Nanti cadang nak repair tampal balik tiles kat wet kitchen. Yang table top dan kabinet yang atas tu bukan Poh Seng yang buat, tapi aku guna kontraktor Ah Kong. Tapi diorang buatkan juga, kilatkan kabinet atas tu sekali. Bagus kan...

Boey kata ramai customer datang kedai dia sebab baca kat blog aku. Wah!! Jadi dia banyak terima kasih dan pilih bagi servis kitchen ni kat rumah kami. Thank you! Thank you!

Dan last sekali, POh Seng bagi gift kertas angpau dan sekotak limau untuk CNY ni. Terima kasih, Qaireen memang suka betul makan buah lokam. 




Rabu, 7 Februari 2018

Hadiah hari Lahir.

Dah seminggu berlalu baru nak update. Hari jadi jatuh pada 31 hb Januari. Dan kami berkongsi tarikh ibu dan anak hehehe Qaireen pun lahir 31 Januari secara normal ye. Bukan secara pembedahan.

Jadi sekadar nak raikan kita pergi makan di Chicken Rice Shop, bagi kami makanan dia paling ok sedap, berkhasiat dan anak2 pun suka termasuk ibu dan ayahnyer :)

Makanan favourite Qaireen dan Umar since mereka lahir di Sarawak lagi. 

Dulu kalau nak makan di Kuching kena pergi ke the Spring.

Sekarang dah jadi makanan feberet si kecik Ilhan ni.

 Senang kenyang lagi makan nasi dari KFC, Pizza atau McD kan kan kan

Selamat menjamu selera. 

Husband payungkan beli handphone dan beg tangan baru. 
Thank you bang... :)




Isnin, 5 Februari 2018

Bercuti hujung minggu di Bayou Lagoon Resort Melaka - Day 2

Bangun pagi, pukul 8 pagi bawak anak-anak termasuk anak sedara turun bawah sarapan. Tak mandi pun hehehe sebab lepas ni nak mandi kolam lagi. Sampai dewan makan, mak aiii ramai giler. Nak cari tempat duduk pun susah, nasib baik ada family tu sudi bagi tumpang makn semeja dengan diorang.

Tapi cakap betul, sarapan kat Bayou Lagoon agak kecewa sedikit ceh ceh ceh. Aku rasa makan sarapan kat kantin politeknik lagi banyak variety dan masakan. Ko bayangkan mihun goreng je kosong jer, lepas tu takde sambal tumis. Bagi sosej dan kacang panggang sahaja. Nasi kunyit pagi2 apahal lak pulak hotel ni bagi untuk sarapan??! Alahai...

Budak2 ni amik tapi makan dua tiga suap. Lepas tu tak mau dah. Tak sedap...  Aku telan jer hehehe. Takpelah sebab sarapan pun siap sekali pakej dengan hotel ni. kalau tau aku cari sarapan kat luar pagi2 macam duduk kat Shore Hotel aritu. Lepas makan baru mandi kolam pulak. 

 Tengok Ilhan, tengah fikir nak terjun ke tak... 

 Hehehe sejuklah bu... Qaireen pun nak terjun teragak2.. 

Ok Ilhan masih fikir lagi nak terjun ke tak hehehe!??

Adam memang terer bab berenang ni. Budak yang suka bersukan tak takut apa cabaran kan. 

Umar praktikan apa yang dia dah belajar dalam kelas renang masa cuti sekolah aritu. 

 Gigih dia belajar berenang, ayunkan kaki. baguslah nampak progress dia, tak takut lagi nak mandi kolam.

 Alamak ayah nak tenggelam, Ilhan help help!! Sambut ayah hehehehe

 Punya takut Ilhan dengan air. Paut kuat2 kepala ayah dia huhuhu!!

 Puas mandi kat swimming pool, tukar ke kolam mainan kanak2 pulak. 

Ilhan tak rendam dalam air, dah sejuk sangat. Nak main kat air yg cetek jer. 


 Main kat kolam kanak2, kamera dah blur sekejap sebab sejuk.

 Paw Pak Su nak suruh belanja naik bola tu lagi. Nasib baik Pak Su mood ok, nak belanja sekali lagi.
Terus berlari nak naik bola tu. 

 Uwan dan atuk baru lepas sarapan, turun join sekali tengok cucu2 dia main air. 

 Ilhan malu2 pulak nak main air. 

 Tak mau main air dah, nak duduk dukung je dengan uwan. Sejuk bebenor air agaknyer.

 Lepas tu aku pun turun dekat kolam mandi, nak berenang sekejap. Sementara Ilhan pun dah main dengan uwan dan atuk dia. 

Ok nak test kamera ni, amik gambar dalam air. 

 Fuhhh bukan senang nak tangkap gambar ni, berkali2 selam dalam air kolam ni ahahaha.

 Mummy shark dud dud dudd duudd.....

 Daddy shark dud dud duud dudd ....

Baby shark dud dud duud duddd......

 
Naik slide putar putar berpusing2 kita dibuatnyer syiok betoi... 

Terjun kolam guna slide. 

 Layan memanah pulak, ayah nak cuba memanah. 

Mandi punya mandi sedar2 jam dah 11.45 pagi dah, alamak jam lagi nak 12.00 tengahari. nak kena check out jap lagi ahaha leka main air tak sedar dah nak tengahari. Patutlah orang dah makin kurang. Jadi kitorang pun naik dan betul nak amsuk bilik je kad tak boleh acess. Terpaksa ler husband turun untuk renew kad. Kesejukkan masing2 tunggu kat luar apartment hehehe.

Checkout dalam 12.30 hari, kami singgah makan tengahari dulu sebelum bertolak balik ke tempat masing2. Apa2 pun, kata budak2 ni tempat mandi dia memang GEMPAQ!!! Best wei!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...