Jumaat, 9 Februari 2018

Servis Kabinet Dapur.


Minggu lepas aku dapat call dari Boey manager Poh Seng ID Seremban 2. Dia bagi tau bila aku free, diorang nak datang servis kabinet dapur. Aku terkejut jugak. Tapi memang tu adalah promotion dari Poh Seng, diorang akan datang ke rumah pelanggan yang sudah mengunakan beberapa tahun kabinet tersebut. Jadi rumah kami terpilih antara banyak2 pelanggan dia di Bandar Sri Sendayan tu. Kira dah nak masuk empat tahun kitorang guna kabinet ni.


So hari Sabtu pagi tu diorang datang, aik tak sempat nak kemas dapur lagi keh keh keh. Terus check bukak tutup semua pintu kabinet. Tarik keluar masuk semua drawer laci. Tengok kalau ada yang sangkut atau rosak. Kebetulan ada dua pintu kabinet aku dah loose. Tak boleh tutup rapat. Ingat nak call diorang suruh betulkan, tapi aku asyik lupa. Mujur ler ada promotion servis free macam ni. Alhamdulilah rezeki.

Masuk2 je terus diorang buat kerja. 


 Charles terus gilap dan kilatkan balik pintu kabinet wet kitchen di belakang. 

 Yang ni diorang tengah baiki pintu kabinet, dua2 tak boleh nak tutup rapat. Ilhan kerjakan, asyik bukak tutup jadi tempat mainan dia pulak. 

 Pekerja yang atas tu tengah kilatkan balik pintu kabinet dry kitchen. Kat area sini kami guna pintu jenis 4G. Glasses. Sekejap je diorang repair. Memang team diorang bawak lengkap semua tools. 

 Alamak terbongkar semua rahsia periuk2 dalam kabinet tu hahaha. Charles tanya kenapa tiles tercabut?  Kui kui ui akulah punya angkara. Sebab panas kan hari2 masak lama2 tiles tu longgar nk tercabut. Aku pulak duk tekan2 tiles tu sekali terus tercabut dan jatuh pecah. Hah kira masak sambil bersilat ko!!

Aku lap pakai Cif je, rupanya ada special spray untuk kilatkan kabinet dapur. Charles kata boleh beli kat kedai DIY.


Area sinki ni Boey suruh pekerja dia buangkan silikon lama, gantikan dengan silikon baru. So dia pun toreh potong buang silikon lama tu. 

Boey duduk tepi je pantau husband dan staf dia buat kerja ahaha. 

Lepas tu aku suruh diorang quote harga untuk buat pintu kabinet baru sebab nak tambah lagi pintu kabinet. Nanti cadang nak repair tampal balik tiles kat wet kitchen. Yang table top dan kabinet yang atas tu bukan Poh Seng yang buat, tapi aku guna kontraktor Ah Kong. Tapi diorang buatkan juga, kilatkan kabinet atas tu sekali. Bagus kan...

Boey kata ramai customer datang kedai dia sebab baca kat blog aku. Wah!! Jadi dia banyak terima kasih dan pilih bagi servis kitchen ni kat rumah kami. Thank you! Thank you!

Dan last sekali, POh Seng bagi gift kertas angpau dan sekotak limau untuk CNY ni. Terima kasih, Qaireen memang suka betul makan buah lokam. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...