Pages

Jumaat, 4 Januari 2019

Perbaiki laman rumah V2

Hari ni kontraktor dah siap naik bata untuk tembok depan dan belakang rumah. Hahaha gelak besar tengok batang paip terjulur macam tu, buruk aiih. Tapi nanti dia potong kasi pasang paip baru lagi elok.

Tanah pun dah siap simen. Nampaknya takde lagi masalah becak. Tak ada chance Ilhan nak main tanah dengan car dia. 

Part tengah ni pun dah siap disimen. 

Ni yang dia cakap kasi lurus sampai belakang. Sama rata. Baru kemas. Sebelum ni tiles developer pasang kedudukan menyerong....

Kat belakang dah naik bata, jadi tembok batu so jiran belakang tak boleh intai depan yea, haip!! Hahahaha gurau jer.

Pagar lama tu letak tepi dulu nanti dah siap kita jual kat kedai besi. Dapat duit top up mana kurang keh keh keh. Baru perasan mangga dah nak masak kat pokok tu. 

Minggu depan ler nanti pasang tiles ye. Lemau betul nak tunggu kontraktor siapkan kerja. 

Kebetulan banyak batu kelikir lebih2an, jadi aku suruh bawa masuk dalam laman. Jadi masa cuti ujung tahun, kitorang abiskan masa mencangkul ratakan tanah buang rumput. Pastu top up atas tanah tu dengan batu2 tu ler. Sakit pinggang mencangkul, macam jadi buruh kasar dah. 

Puas hati, amacam nampak ok sikitlah - tu agaknya Ilhan fikir ye tak kui kui kui. Kalau tak nampak semak je rumput meliar hidup kat situ huhuhu. 

Batu dah abis tinggal pasir je. Pasir pun pasir lah. Janji tanah dah boleh sama level ketinggian dia. Kalau tak, air asyik bertakung kat situ.... 

Budak ni takde lagi chance nak raduk lecak kat situ. 

Last2 dia raduk pasir jelah. tolong ratakan. Kete dia tukar jadi bajak dah huhuhu. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...