Pages

Isnin, 29 April 2019

Laman rumah siap sepenuhnya.

Petang tadi baru lepas hujan, jadi Umar tolong ibu lapkan dan mop lantai. Wah tak pernah2 rajin dia nak mopkan lantai kat luar ni. Laman rumah ni dah siap masa hujung bulan Januari lepas tapi aku tak sempat nak update dalam blog.

Bahagian ni kami dah simenkan terus, dulu ada rumput kat sini. Jadi bila hujan air akan bertakung dan berlopak kat situ. 

Pokok2 ni ada kami beli kat IKea dan nurseri di Senawang. 

Gigih anak duk lapkan lantai kat situ. 

Awning di depan ni buat kereta teduh dari hujan dan panas. Ada aku ceritakan kat di sini. 




Ok lap kat lantai depan pulak. 


Kat sini pun kami simenkan terus lepas pasang awning tempoh hari. Kerja ni mula masa awal tahun ni. Ada aku share dalam blog ni. 


Kira simen bagi terus tegak memanjang ke depan. 

Lepas tu tambak pasir sungai sepanjang tepi simen tu untuk sama aras tanah. 
Ruang luas tanah laman semakin kecil tapi mudah nak jaga dan mesin rumput nanti. 




Makan apa malam tadi??

Ada ikan talapia dari Pahang, beli dekat member opis. kalau dia balik kampung kami akan order beberapa ekor ikan patin dan talapia.

Jadi ikan talapia masak sweet sour. 

Buah kundur masak air. 

Hah makan time, kalau kena lauk ni dengan selera anak2 laju jeee. 

Kuah mesti banjir, jadi kena lebihkan kuah kalau masak. 

Wow!! Sedapnyer ye nak ahahaha!!

Makan2, bagi kenyang2 nanti tidur tak meragam kan. 




Cuci dan bersihkan rumah sewa Shah Alam.

Siap kena ambil satu hari cuti untuk datang sini, kemaskan dan bersihkan bilik rumah sewa kami. Yelah waktu lain terlalu sibuk, banyak kerja nak dibuat. Anak2 sekolah jadi senang kami ke sini selesaikan apa yang patut sebelum iklankan pada penyewa nanti. Bilik2 yang lain masih ada penyewa yang terdiri student MSU dan worker.

Bilik asal, sebelum make over. 

Dinding dia dah tertanggal2 cat sebab kena tempias kalau hujan lebat. Langsir bilik pun dah repuh huhuhu. langsir tu aku jahit sendiri je, nak jimat kui kui kui.. 


Dah make over dah.

Terpaksa aku kikis cat asal sebelum cat baru. Penat siot... Fuh cat, vakum dan mop bilik ni pun dah dekat dua jam. 

Langsir tak jahit daa, beli je kat Nilai 3 ahahaha. 
Ni bilik sudah jadi premium ni, bilik dah elok so sewa kena upgrade sikit. Tapi tak lah banyak mana pun tak tergamok ler kita nak tekan penyewa. Sewa master bedroom (ada bathroom) dalam RM550. 

Bilik satu lagi, yang kami bubuh 3 katil. Asal ada dua jer, sebab bilik luas boleh muat tiga katil dan almari. Siap ada balkoni lagi. 

Tu alas cadar tilam tu pun kami beli kat Nilai 3, kira special sikit tau. 

Langsir sliding door pun dah reput, kami ganti yang baru.  Hah ni pun beli kat Nilai 3. 
Sewa bilik ni kami bagi rate RM600. Fully Furnished. Katil dan almari. 

Sambil2 tu ambil angin kat balkoni, tengok depan ni track LRT3, stesen pit stop dia di Stadium Melawati. 


Kalau korang berkenan nak sewa boleh wasap no 012 5347454 (jika masih ada kekosongan lah ye). 
Update : Bilik master bedroom dah ada penyewa, kami balik dari Shah Alam dah ada  orang dah nak sewa bilik tu. Jadi tinggal bilik yang ada balkoni saja. 




Kisah PRK Rantau di tempat kami

Dah dua minggu berlalu, pilihanraya kecik Rantau. Keputusan dah tau kan, Tok Mat menang besar kat sini. Hidup Tok Mat!! Dan inilah first time aku mengundi di Dun Rantau setelah selama ini mengundi di Batu Pahat, Johor. Yelah dah beli rumah dan duduk di sinilah jadi tukarlah tempat mengundi sebab kita nak apa yang terbaik dari kepimpinan kat tempat kita tinggal dan cari makan. Husband pun tukar sekali, sebelum ni tempat buang undi dia kat Bukit Gantang, Perak.

Hari mengundi pada 13 April 2019, pukul 9.00 pagi baru kami keluar dari rumah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan. Sebab sekolah tu dekat je sebelah taman rumah kami. Masa aku keluar dari kereta tu, ramai peraih undi duk berhimpun tepi jalan depan sekolah. Bersorak2 mintak aku undi calon no 1 hahaha. Dalam kepala aku, hissh boleh lagi kempen raih undi, bukan dah tak boleh ker?? 


Nah, selesai undi aku patah balik tu diaaaa, kat tempat tadi kecoh sebab pihak polis dan SPR sound diorang. Tak boleh bisisng2 dengan kawasan buang undi. Langgar peraturan ni.. 

Lepas undi baru pergi sarapan kat restaurant AFT, sebelah dia tu DEwan SRJKC, pusat penjumlahan dan kira undi. Confirm malam ni mesti gempak dan penuh orang. So tak payah ler keluar rumah masa tu hehehe. 

Siap mintak anak2 posing kat kain rentang tu hehehe, buat kenangan. 

Jari kami dah diinaikan dah.... 

Dah jalankan tanggungjawab kami sebagai pengundi yo arini ni.. 

Lepas sarapan, husband ajak jalan2 pusing tengok sekitar kawasan Rantau. 

Poster Tok Mat banyak disepanjang jalan utama. 

On da way ke pekan Rantau. Nak masuk Pekan Rantau, sesak jalan sebab ornag ramai berhimpun tepi2 jalan bersorak dan berkempen lagi. Wah kat sini lagi dahsyat, lagi besar kumpulan peraih tu.. Aku siap upload video tu dalam FACEBOOK 

Kat Bandar Rantau pun meriah jugak, tengok ni terkenang zaman aku kocik2 dulu duduk kat Muar. Masa tu kecik tak taulah apa yang meriah sangat tengok poster bendara gantung banyak2 ni kui kui kui.. 

Hmmm bandar Rantau ni macam kat Muar pulak aku tengok, meriah. 
Kat sini sepanjang tempoh berkempen ramai orang turun termasuk menteri2 pun datang. Fuhh glamer Rantau. 


Penat pusing2 kitorang balik ke Seremban, makan tengahari kat sana pulak. Dan malam tu tengok result, seperti dah jangka Tok Mat monang besau PRK ni..  Dari rumah kami, memang boleh dengarlah  laungan, sorakan dan hon bila diorang sambut kemenangan tu.  Sekian.. 



Jumaat, 26 April 2019

Kebenaran itu pahit..


Lelaki cenderung terjebak investment scam. Wanita pula love scam. Semuanya bermula apabila seseorang itu "jumpa" apa yang dia nak.
Lelaki nak dengar janji keuntungan yang tinggi. Perempuan pula belaian cinta. Akhirnya dua-dua hilang duit beratus ribu malah ada yang berjuta ringgit.
Kebenaran itu pahit.
Ramai yang nak melabur dengan modal yang paling rendah dan nak dapat untung paling tinggi. Modal kalau boleh kurang seribu dengan harapan dapat jadi jutawan.
Hakikatnya tidak begitu.
Warren Buffett menjadi billionaire dengan aktiviti pelaburan dalam satu tempoh yang sangat panjang. Selama kira-kita 50 tahun dia melabur, kadar keuntungan beliau ialah dalam 20 peratus setahun. Itu tahap Warren Buffett.
Tahap kita ni, jika dapat sampai tahap separuh dari kehebatan beliau, iaitu 10 peratus setahun pun dah hebat sangat dah. Tapi realitinya kita patut terima hakikat untung terkompaun tahunan antara 6-8 peratus sahaja.
“Aik, baik letak dalam ASB aje Pakdi…”
Betul! Itu yang selalu saya sebut. Penuhkan ASB cepat-cepat. Cukupkan 6 angka dalam ASB dulu baru melabur tempat lain.
Letak seribu ringgit dalam ASB, setahun baru dapat dalam 60-70 ringgit. Bila nak jadi jutawan. Betul lah tu. Sebab cuma letak 1 ribu ringgit. Cuba letak 200 ribu ringgit dalam tu. 25 tahun lepas tu jadilah jutawan.
Haa! 25 tahun!?
Dapat juga jadi jutawan kan?
Kebenaran itu pahit.
Bila kita dah terima hakikat untung ialah 6-8 peratus setahun, maka duit kita confirm selamat. Sebab dah takkan terjebak dengan investment scam. Bila dah tak masuk scam, duit kita tak hilang. Bila tak hilang, duit kita dapat jadi berganda-ganda.
Bila tak mahu terima hakikat yang pahit ini, maka senanglah kita terjebak dalam skim cepat miskin yang janjikan untung 5-10 peratus tiap-tiap bulan. Lagi tinggi lagi aku nak masuk. Kita pula bertanya kepada scammer. Bertemu jodohlah jawabnya. Si tamak kahwin dengan si penipu. Dah 'bercerai' sekali pun nanti tetap berkahwin berkali-kali dengan penipu-penipu lain. Selagi masih ada tamak maka selagi itulah senang kena.
Jika bila sasaran keuntungan pelaburan yang realistik adalah antara 6-8% setahun apa yang patut kita buat?
Fokus kepada perkara yang dapat kita kawal.
Investment return adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tapi berapa duit gaji yang kita dapat simpan setiap bulan, berapa bonus yang dapat kita simpan setiap tahun, berapa dividen yang kita dapat reinvest setiap kali kita terima. Semua itu adalah perkara yang 100 peratus kita dapat kawal sendiri.
Andaikan Madi melabur dengan modal permulaan 50 ribu ringgit. Dengan keuntungan 8% setahun dan dilaburkan semula, lepas 10 tahun, modal tadi pun menjadi 108 ribu ringgit. Boleh tahan. Untung lebih 100% dalam tempoh 10 tahun.
Aisyah pun melabur dengan modal permulaan yang sama 50 ribu ringgit. Untung yang dia dapat pun sama 8% setahun. Tapi sebab dia mampu simpan duit 1 ribu ringgit sebulan, selepas 10 tahun duit Aisyah pun menjadi 296 ribu ringgit.
Kebenaran itu pahit.
Income memainkan peranan penting nak jadi kaya. Dan berapa yang kita dapat simpan dan labur selepas dapat gaji adalah jauh lebih penting.
Dari menghabiskan masa mencari-cari teknik buat untung besar semasa melabur, lebih baik fokus masa, tenaga dan duit untuk cara jalan naikkan income. Seperti jika baru ada SPM, ambil diploma pula. Kemudian ijazah. Lepas tu MBA dan seterusnya.
Invest at yourself first. Usaha tambah kemahiran dan ilmu untuk majukan diri sendiri. Melaburlah dalam perkara yang beri tambah nilai kepada pekerjaan hakiki kita. Berhenti berharap kepada bantuan kerajaan. Jadi siapa-siapa pun naik dan memerintah, kita tetap dapat teruskan hidup macam biasa.
Bila kerjaya dah semakin baik, gaji pun sudah makin besar, jangan ubah gaya hidup pula, kekalkan gaya hidup yang sama. Jadi kita ada lebih savings berbanding orang lain. 
Kemampuan kita ada savings membolehkan kita melabur dengan konsistensampai akhirnya harta mampu jana income untuk ganti gaji satu hari nanti. InsyaAllah.


Nota kewangan ini boleh didapati dengan sucribe di website Pak Di atau Tuan Suzardi Maulana di sini . 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...