Pages

Rabu, 24 Julai 2019

Misi cari barang sales di IKEA 2019

Semalam aku dan husband amik cuti sebab nak pergi Garden Plaza untuk selesaikan kerja pemasangan wiFi dan bersihkan unit sebelum iklan untuk disewa. Anak2 tak ikut sebab sekolah. Jadi jam 10.00 pagi cleaner dah datang bersihkan dan staf Time datang 10 minit selepas tu untuk pasang wiFi. Dalam jam 11 pagi selesai semua kerja.


Bilik2 dah siap bersih dan dikemaskan. 

WiFi dah siap pasang. Semoga ada pemyewa dari syurga datang menyewa dan jaga unit ini. 

Disebabkan dah settle pasang wifi kami cadang nak ke IKEA sebab kebetulan ada jualan murahkan untuk membership Ikea. 


Yang ini dalam web kata RM10, sekali pergi dia bagi less lagi!! RM7.00 jer !! 
Wou Wou Wou





Barang2 yang ada dalam list untuk dibeli. 


Ada promosi makanan kat restaurant dia. Fish and chip nampak menarik kan. 


Okay kita mulakan. Troli masih kosong.... 

Dalam 30 minit. . . Ok dah bertambah, hahaha nampaknya ada barang takde dalam list pun termasuk dalam troli yek!!

Ok, di kaunter pembayaran huhuhu.
ada lah juga terambil barang yang takde dalam senarai pun.... :))))


Ok, penat menelaah barang dan harga di IKEA kita makan dulu di sini. Kata nak jaga makan, tapi macam ter'over' ler pulak!! kui kui kui







Rabu, 3 Julai 2019

Raya Penutup 2019- Kunjungan saudara di Sendayan

Petang Ahad lepas, makcik aku, Mak Limah dari Batu Pahat dan keluarga anak2 dia call. "Mak Limah kat Estek ni, nak singgah raya rumah kamu boleh?? Ada kat rumah tak??"  OO mestilah boleh, kami ada jer kat rumah. Pastu Mak Chom pun call juga (mak sedara aku juga on da way datang ke sana juga). Ini termasuklah keluarga anak menantu dia semua sekali...

Penuh rumah dengan anak2 sepupu kami. 

Termasuklah anak kami juga ahaha. 


Apalagi, aku pun teruslah masak mee bandung dan me rebus. Kebetulan mak dah bawa pes tu banyak2, sebab aku yang request belikan kalau datang sini hehehe. Selamat... pantas... Cepat... Tapi yela kelam kabut tak sempat nak diperisakannya (nak bubuh sos dan telur pun lupa!!). Mujur ada daging, sayur dan udang huhuhu.

Cousin aku terlena kt sofa lepas makan mee bandung ahaks, 
Gamaknya ada buat mata rasa berat je nak lena kan lepas makan tu kui kui kui...

Anak Mak Chom yang kedua dengan husband dia. 


Dah selesaikan, kita borak2 dulu... 


Kira ni jela yang sempat, yang mampu kitorang sediakan. 

Harap tak serik ye datang beraya kat sini lagi. Raya pun hujung minggu jarang ada kat rumah sebab jemputan open house penuh merata tempat. Mujur minggu ni ada kat rumah sebab husband baru balik semalam dari kursus di Terengganu. Kalau tak memanjang je takde di rumah time hujung minggu tu. 


Ilhan pun happy lepas dari rumah nak main kat playground. Walaupun petang tu hari masih panas terik lagi huhuhu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...