Pages

Selasa, 25 Ogos 2020

Mendaki Tanjung Tuan

21 Julai lepas, opis kami buat aktiviti mendaki Tanjung Tuan kat Tanjung Biru, Port Dickson. Ini kali kedua aktiviti ni dibuat, aku join kali ni sebab yang first kami cuti masa tu. Kebetulan Umar tak start sekolah lagi sebab kelas dia start lambat sebab PKP jadi Umar pun join sekali. Qaireen dan Ilhan dah sekolah macam biasa. 


Ambil gambar dulu kat bawah sebelum start mendaki. 


Boss nak berucap dulu sebelum mendaki. Jangan suka sangat, jaga kselamatan ye hahaha!!

Ok, mula2 kena buat warming up. Regangkan otot2 yang dah lama tak bergerak memandangkan duduk di rumah sahaja sepanjang PKP kan. 

Dah setengah jam mendaki kita rehat kat check point pertama. KAt sini Umar dah berpeluh2 hehehe

Kat sini ada jalan keluar sesuai untuk sesiapa nak keluar ke jalan besar kalau tak larat nak teruskan lagi. 

Rehat makan coklat bar dulu. Nak sambug mendaki lagi. 

Umar dah kepenatan. Takpe budak lelaki mesti tahan lasak kan.

Sambung jalan, akhirnya sampai kat batu putih. Nampaklah kapal persiaran kat sini. 



Seronok duduk atas ni, angin laut kuat. Berderu2.. 


Tempat kecik je, ramai orang jadi sempit sikit. Kena berhati2 yek. 

Ok, sambung balik jalan untuk turun pulak ye. 

Yang penting kalori terbakar banyak hari tu hahahaha!!



Isnin, 24 Ogos 2020

Belajar Technical Analysis dengan Remisier kami

Gara2 MCO tempoh hari aku tercebur diri masuk dalam pelaburan saham. Sebenarnya bukak akaun CDC ni dah buat tahun lepas. Tapi dekat setahun, tak buat apa2 pun sebab sibuk kerja kan. Nak beli dan jual stok pun tak reti.  Tapi disebabkan tempoh PKP yang panjang tu yang boleh main saham untuk isi masa lapang kan ....

Dah mula melabur stock /saham dalam market jadi kenalah tahu juga serba sedikit ilmu analysis dalam pelaburan saham ni. Tak kan main hentam jer nak beli sebarangan. 

Jadi remisier2 Maybank Investment ni bergabung membuat satu kelas technical analysis sehari (pagi hingga petang) kat Seremban. 

Belajar mengenal smart money, bila jerung masuk dalam sesuatu kaunter.
Yang ni remisier aku, Pn Nora.

Fasa- fasa dalam support dan resistance. 

Cara nak setup indicators dan teknik screener yang paling baik dan mudah. 

Screener yang paling baik adalah bacaan volume. 

Penceramah kedua ialah dari Tuan Zaid. 

Dan penceramah ketiga adalah Pn Farah. 

Dua kali juga aku datang nak hadam ilmu2 dari sifu2 ni. 
Itu pun aku nak bagitau bukan mudah. 
Kena banyak belajar. 
Banyak membaca.
Cari pengalaman. 

Tapi adat melabur. Tuan Zaidi bagitau. Untung itu InshaAllah dapat, rugi itu pasti. Hahaha. 
Dah nama melabur kan. Mana ada untung jer memanjanggggg. 

Terima kasih atas perkongsian semua sifu2 ini. 




Beli kitchen island di IKEA

Sebenarnya dapur memang ada table top tapi macam tak cukup ruang jer bila nak memasak. Macam tak work station sebab kat table top ler nak letak blender, rice cooker lepas tu kat situ juga nak memotong-motong, kerja nak siang ke kupas ke memang jadi sempit. Tak de ruang nak buat tu semua tu. 

Tu pasal ler tergerak nak beli tambah kitchen island letak kat dalam wet kitchen. Kena ada juga lebih2 lagi bila masak banyak huhu masa orang datang time raya wei. 

Jadi ambil cuti sehari dan bergegas pergi ke IKEA Cheras. Harap2 jumpa dan terus beli. Dah usha2 dalam website dia sebelum ni. 

Yang ni outdoor, untuk buat BBQ boleh. 
Eh fokus2 cari yang sepatutnya hehe. 


Akhirnya jumpa dah kitchen island, saiz ni paling ok. Dan material dia tahan lasak. Ada lagi mahal! Harga dekat RM2000 huhuhu.



Tempat penyidai memang menarik, tapi harga dia memang tak menarik langsung. Macam ni jer dekat RM200!! Baik beli kayu kat kedai hardware buat sendiri jer kan... 

Selesai beli barang pergi ke MyTown sebelah Ikea tu. Perkenakan laksa dan cendol. Sedapnya. Kami memang tak lalu nak makan meatball IKEA huhuhu. 


Rasa tamak mula menguasai nampaknya, semua benda nak dimkaan dan ditelan ahahaha!!



Lepas makan dan solat cepat2 kami gerak balik ke Seremban. Kereta Avanza memang betul2 muat isi semua barang2 dalam tu. Dengan syarat tiada penumpang. 


Besok balik dari kerja, husband start pasang. Huhu berpeluh2 nak siapkan. Dah harga mahal kena pasang sendiri pulak tu. Kedai perabot kalau beli dah siap pasang dan boleh pakai dah - kata dia 
He he he.. !! Kesian pun iye. 

Kasi center dan seimbang ye.

Ok balance!! :)


Ok dah siap. Si Umar pun sibuk nak interframe masa ibu dia amik gambar dah siap.. 

Oklah, muat2 ada ruang juga lah nak ke sana sini.. 
Ok dah boleh potong2 kat atas tu... yeah!!


 



Rabu, 19 Ogos 2020

Berpindah ke bilik pejabat baru

Start abis MCO, kami kena kerja seperti biasa. Tiada lagi bekerja di rumah (BDR). Dalam 2 minggu kerja, ada mesyuarat putuskan akan dibuat perubahan kedudukan staf dalam pejabat yang sedia ada ni. Jadi aku pun terkena lah juga tempias tu huhuhu. Dari bilik pejabat yang dah ada penghawa dingin aku ter'campak' ke bangunan bengkel (pejabat lama). 

Dah setahun dah pejabat ni tiada penghuni. 


Lantai dia ada karpet, jadi aku bukak karpet tu sebab dah pakai lama sangat. 

Bukak karpet, pergh tengoklah lantai dia!! Berdaki wei!! Adoi letih ler nak sental huhuhu. 
Jadi banyak ler kena bersihkan terutama lantai dia. Nasib baik ler en somi ada membantu huhu.

Sebab kena make over satu bilik, kita keluarkan semua perabot. Kosongkan bilik dulu. Senang nak buat kerja. Aircond cuma buat tayang jer. Dah lama rosak mintak baru tak dapat2 pun. 

Sebab kan ada baki cat rumah yang lebih jadi aku dan husband pun cat lah dinding bilik tu. Sebab comot pulak, bercapuk2. Kemudia aku ler menyental lantai bilik ni gosok guna thinner. Huhuhu fokus buat sunguh-sungguh. 

Cari ler frame gambar yang ada kat rumah, last2 pergi Kaison kat Aeon untuk deko bagi menarik. Lepas tu beli karpet kat Air Hitam masa balik kampung kat Johor. Lepas beli lagi karpet kat Nilai 3 hahaha. Semangat nak hias opis kecik sendiri kan!!

Selepas dicat dan dihiaskan dengan secomel2 nyer hahaha yeker comel??? 
Lantai berkilat hah, tengok lah siapa yang menyental!!


Cuma aircond jelah jadi tukun kat situ, tak tau ler bila ada orang nak repair ke ganti baru ker... Biasalah pejabat gomen macam nilah. Bajet takde jer memanjanggggg.......

Oklah, bila tengok pembandingan gambar sebelum dan selepas...
Sejuk sikit hati nak masuk opis, walaupun opis panas hawau... 

Hahaha 

Semoga ada ler rezeki nak dapat aircond baru yek..
Amin 

Bagi mereka yang mendapatkan servis, pemasangan dan pembaikpulihan aircond yang tip top, aku syorkan untuk ke website www.acdingin.com Boleh klik di link tersebut. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...