Pages

Rabu, 21 Oktober 2020

Jejalan ke Kota Lukut dan Muzium Negeri Sembilan

        Lepas jejalan di Muzium Seri Menanti a.k.a Istana Sri Menanti, aku bawa pulak adik aku, Helmy jejalan ke Kota Lukut. Kota ni pernah duduki oleh Raja Jumaat sebagai pemerintah Lukut ni. Tapi kota dah takde sebab dah ditinggalkan oleh anak dia yg berpindah ke Selangor. Tinggal kesan2 kota jer. 

Kota Lukut ni terletak di Lukut, Port Dickson. Belakang stesen minyak Shell Lukut, ada bukit. So korang masuk ikut jalan tu terus ke pinggir bukit ada pejabat Muzium kat situ. 

Ni benteng untuk kota Lukut. Orang dulu gali parit ni sedalam beberapa kaki, tanah dan batu digali tu diorang buat bata tembok untuk kota tu. 

Jadi di sekeliling kota ni memang ada parit dalam ni supaya penceroboh tak mudah nak masuk ke dalam kota. Tu dululah confirm dalam, sekarang dah berpuluh tahun dah tak dalam tak. 

Ni Perigi Beracun. 

Ni tembok yang dibina mengunakan bata dan tanah dari parit yang digali tu. Masih kukuh sehingga ke hari ni. 

Ni adalah jalan utama masuk ke Kota Lukut. 

Kalau ikut belakang bukit (pintu masuk utama kota dahulu)  memang landai kalau dibandingkan jalan kami gunakan masuk dari pejabat Muzium. Panjat bukit wei, penaaat. 

Ada lagi tapak kolah untuk keluarga Raja Jumaat. 

Bekas binaan kota atau istana Raja Jumaat.

Ni bekas tapak tiang binaan istana kota. 


Kalau naik dari depan memang nampak tulisan ni dari jalan besar. 

Ok dah turun pulak. Nak tengok dalam Muzium. 

Ada meriam2 diletakkan depan kota. Ada meriam ni di jumpa dalam laut Port Dickson oleh orang sini. 

Meriam dari tinggalan kota Lukut. 

Setelah puas berjalan dalam Muzium Kota Lukut (aku tak ambil gambar sebab sibuk ambil ekon hahaha panas giler kat luar masuk bangunan sejuk jer), Helmy ajak kami pergi Muzium Negeri Sembilan. 
Muzium ni betul2 letak ke tengah-tengah bandar. Kalau dari Plus Highway memang dekat betul. 

Umar dan Ilhan dah penat. Best duduk santai kat tangga yek. Qaireen tak de tinggal di rumah dengan atuk dan wan. 

Amik gambar dengan Pak su. Kesian Pak su tak dapat jalan2 ke luar negara tahun ni. Covid 19 punya pasal kan. 

Rumah Limas, rumah yang terkenal ukiran dia dalam negeri Sembilan. Tapi aku rasa orang nogeri mesti kecik2 jer kan sebab nak masuk rumah aku dan adik aku kena bongkokkan badan sebab tak lepas hahaha. 


Tangga dia, tingkap dia, dinding dia semua kaya dengan ukiran-ukiran kesenian. 

Nak masuk jugak adik aku dalam rumah ni. Siap ikut pintu belakang lagi. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...