Pages

Jumaat, 19 Februari 2021

Happy birthday Qaireen 12 Years old

Alhamdulilah, dah 12 tahun dah berlalu. Qaireen daripada sekecil2 dah masuk darjah 6 tahun ni. Ada peperiksaan UPSR pulak (tu pun tak tahu ada ke tak sebab zaman Covid dan PdPR sekarang ni). 

Ni masa di Kuching nak balik ke Johor. 



Qaireen 7 bulan 

Qaireen dah masuk 2 tahun. 

Kami lahir tarikh yang sama - 31 Januari!!

Ilhan pun nak interframe. Haha.
Budak yang suka sangat dengan kek!!

Semoga Qaireen menjadi anak yang solehah, yang berjaya di dunia dan akhirat. 
Diterangkan hatinya dan dipermudahkan segala urusan kamu. Amin. 





 

Jumaat, 5 Februari 2021

PDPR Anak-anak tahun 2021

Mula tahun 2021, sepatutnya 21hb Januari 2021 telah mula bersekolah. Tapi sebab kes Covid 19 semakin mengila jadi kena buat PKP sekali lagi. Dan sekolah pun ditangguhkan sekali lagi. Sampai bila aku pun tak tahu. Ni pun masa aku menulis blog ni PKP telah dilanjut lagi  sampai 18 Febuari 2021 pulak. Jadi belajar sahajalah di rumah. 

Umar kena buat projek sains, buat bot. 

Tengok video sebab dalam buku teks macam asas sangat. Jadi tak terperinci sangat. 

Selama sejam dah siap!!

Lepas tu kena buat video presentation. 

Kalau pagi2 macam ni lah keadaan anak-anak belajar kat rumah. 
Siapkan kerja. Hadir kelas online. 

Kelas  pra sekolah Ilhan kena ambil latihan di sekolah seminggu sekali.
Buat latihan dan seminggu lepas tu hantar semula ke sekolah. 

Kelas google meet Qaireen dengan guru Sains dia. 

Aku snap gambar Ilhan sebab dah biasa buat report Ilhan belajar masa dia kat Little Caliph sebelum ni. Parents akan snap gambar dan hantar kat teacher. Hehehe dah terbiasa pulak. 

Tugasan dia pagi ni buat lukisan Corona Virus. 



Kelas mengaji pun kami dah ajar sendiri dari tahun lepas. 



Alhamdulilah kebaikan PKP dan Covid 19 ni adalah kita dapat solat jemaah dan mengaji bersama2 keluarga. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...