Pages

Selasa, 29 Jun 2021

Menjadi Minimalist Person

Masa PKP 1.0 tahun lepas, aku tetiba jadi inspired dengan konsep minimalis dalam Youtube. 

Hidup serba ringkas, tersusun dan organized. 


Fumio Sasaki antara ikon minimalist yang popular di Jepun. 


Konsep minimalist ini sebenarnya aku sudah amalkan secara tidak langsung. Terutama minimakan sebanyak yang mungkin kehendak dan keperluan kita. 

Tapi cara dia ni mengajar untuk menyusun dan memahami konsep itu lebih mendalam lagi.

Minimalist sebenarnya banyak menjimatkan masa, wang dan tenaga kita. Kita tidak perlu membazir. 

Contoh kalau rumah kurang perabot dan hiasan, (hanya ada perabot yang benar-benar diperlukan sahaja) kita akan mengambil masa yang cepat untuk membersihkan dan mengemaskan rumah setiap hujung minggu. 

Living hall.
Rak tv, sofa 2+3, meja makan dan almari buku. 

Kita amalkan lima minit sehari untuk kemaskan satu ruang di rumah kita. apa yang bersepah, berterabur kita kutip, susun balik. Jadi barang yang minimal, kita tidak ambil banyak masa untuk kemaskannya. 

Semoga bermanfaat. . .







Isnin, 28 Jun 2021

Minuman yang menenangkan!

Kalau dah penat workout atau jogging, aku dan Mr Husband mesti nak cari minuman yang menenangkan (bukan minuman tenaga ya). 

Jadi kita tak nak minum minuman isotonik.

Start kereta, kita ke Family Mart.

Order di kaunter " Matcha Lathe sejuk satu ya!"

Harga dia RM7.00 per cup. 

Kat area sini tiada Family Mart delivery service
kecuali guna Grab atau Food Panda. 

Cantik dan kemas pembungkusan FM ni. 👏👏👏

Nyaman. . . . 


Nampak gayanya aku kena belajar nak bancuh Matcha Latte lepas ni, kena cari matcha powder yang terbaik kat website nanti. 


Rabu, 23 Jun 2021

Royal Jelly

Hari semalam, aku beli Royal Jelly brand VitaHealth kat ALPRO Pharmacy Seremban 2. 

Kalau kat website VitaHealth ada jual Royal Jelly.


Kalau sebotol ada 150 biji, harga RM150.00 

KAt Alpro Pharmacy dia jual RM142.00 dapat dua botol. Pek combo.

Tapi ini sesuai makan untuk 18 tahun ke atas sahaja. 

Beli sebab nak makan untuk supplement sendiri, tak pernah ambil apa2 supllement setakat ni. Dah lama tak amalkan. 

Umur dah masuk 40 tahun jadi mula nak cari makanan kesihatan tambahan. Aku pilih royal jelly jela sebab ikut testimoni ada warga emas ni Hajah Salbiah Wir dari Singapura, umur dah masuk 90 tahun amalkan makan royal jelly. Dia amalkan dekat 34 tahun. Alhamdulilah dia tiada penyakit apa2. 


Beli pek combo dapat RM142.00. 


Satu botol ada 150 biji softgels. 
Maknanya 3 bulan boleh abis kalau sehari sebiji. 

Lepas 3 bulan nanti aku buat review kat blog ni. Kesan makan royal jelly kui kui kui. Kalau tak update maknanya tak berkesan apa2 kot hahaha. 🙈🙈

Tungguuuu . . . . 😊😊



 

Aktiviti MCO 2021 || Part 4

Pagi2 hari ni jam 9 am dah mula kelas, ada presentation projek dari kumpulan pelajar. Sebelum tu kita siap2 sarapan dulu. 

Perbentangan dalam talian sahaja. Guna Ms Team sahaja. Dah setahun tak jumpa semua student ni secara semuka.  

Habis perbentangan, keluar bilik tengok dua2 anak sekolah rendah ada kelas Google Meet dengan guru subjek masing2. 

Kelas Google Meet 

Ada sorang budak tu di belakang . . . 

Hah zoom lagi. . . 

Zoom lagi . . 

Tak mandi dan tak bangun2 lagi dari tidurnya. . . .


Isnin, 21 Jun 2021

Masakan Jawa|| Sambal Goreng atau Sambal Godoks

Bila tengok facebook Encik Sujimy masak masakan jawa dengan ibu mertua dia yang sweet tu, aku rasa teruja pulak nak masak juga. 

Mungkin sebab aku dah lama tak balik Johor dan makan masakan Johor di sana 😓😓 

Jadi aku pun carilah barang dan bahan masakan. Nak buat sambal goreng sayur. Jarang buat kecuali perayaan besar macam Raya Puasa dan Raya Haji jer baru kita buat. 

Sambal goreng sayur.

Member aku join buat juga, tapi dia kata lauk dia warna pucat. Dia ikut resepi kat internet. 

Ok, aku attach sahaja tutorial cara nak buat sambal goreng dan WhatsApp kat dia. Rasanya resepi yang di internet mungkin resepi sambal godoks. . . 

Resepi sambal goreng sayur: https://fb.watch/6gqQ8_OyqY/

Kalau sambal godoks ada letak santan dan suhun. Ada juga lauk orang Boyan panggil embek-embek. 

Aku buat juga sambal godoks hari ini, campur petai sekali. . . .


Embek-embek katanya, 
resepi pun aku ambil di Facebook Encik Sujimy.





Ahad, 20 Jun 2021

Aktiviti MCO 2021 || Part 3

Pagi-pagi, lepas sarapan mee goreng dan teh masala, kita cantas pokok tepi rumah.

Sebenarnya tunggu juga Majlis Bandaraya Seremban datang untuk buat kerja ini. Rasanya pihak taman dah buat aduan sebab pokok-pokok yang ditanam oleh pemaju di tepi jalan sudah merimbun dan menghalang jalan raya. Jadi kereta, lori atau van lalu akan rempuh dahan dan daun pokok tersebut.

Majlis Bandaran datang bawa satu lori, dalam 2 jam lepas cantas dua pokok, lori dah penuh. 

Terus berhenti. Besok sambung lagi. 

Besok pagi datang lagi, cantas dua pokok. Lori penuh. Terus berhenti.

Besok terus tak datang-datang lagi. Sampai ke hari ini. 

Pokok-pokok ini jika dikira ada lebih 20 pokok di tepi-tepi jalan taman ini. Majlis buat kerja dalam 4 dan 5 pokok sahaja. Selesai kerja, isi laporan dan balik. 

???. . . . . . .


Ada gergaji pokok, tapi tak besar pun. 

Bolehlah gergaji potong dahan2 yang kecil 

Kena berhati-hati sebab dahan kecil takut tak dapat menampung beban badan yang comel. 


Maka jadilah tugas kita selaku Majlis Bandaran sendiri menyelesaikan masalah-masalah ini walaupun kita membayar cukai pintu sebanyak RM400++ setahun kepada PBT. 





Aktiviti MCO 2021|| Part 2

MCO a.k.a lockdown dilanjutkan lagi 2 minggu.  

AllahuAkbar . . . 

Jadi sampai ke 28 Jun 2021.

Malam tu jugak aku bukak website MPH

Cari buku2 tambah ilmu untuk MCO ni. 



Empat hari selepas tu, Alhamdulilah sampai dah...


InshaAllah kita tambah ilmu di dalam diri. 

Baca buku hati tenang. . .


Sabtu, 19 Jun 2021

Aktiviti MCO 2021|| Part 1

 Anak2....Dah sebulan lebih duduk di rumah dan buat PdPR

Jadi apa sahaja pertandingan yang berkaitan dengan digital kita bagi anak2 masuk jer.

Kali ni buat poster digital guna aplikasi Canva.





Qaireen dan Umar selamat hantar poster digital dah. . . 

Buatlah ikut kreativiti masing-masing.

Menang atau tidak tak kisah, janji kita mencuba dari tak berbuat apa-apa.


SELAMAT HARI JADI UMAR SHAFIY 11 TAHUN | 2021

18 haribulan Jun 2021

Hari jadi Umar Shafiy

Dah 11 tahun ni. . . 

Lagi 20 tahun (kalau diizinkan Allah) kamu dah 31 tahun, ibu dah 60 tahun . . .

Ibu doakan semoga kau sentiasa dalam keadaan selamat, terang hati dan jadi anak yang soleh, anak yang baik, 

Amin. . .  










Adik Ilhan peminat kek, lihat mulut dia hahaha!!





Selasa, 8 Jun 2021

Qaireen khatam Al-Quran

Alhamdulilah. Akhirnya malam ni berjaya juga Qaireen khatam Al-Quran. 

Asyik tertangguh2 je sejak dari tahun lepas. Dia dah akil baligh jadi memang kejap2 cuti. Kejap2 cuti.. cuti kadang hampir 2 minggu. 

Adik dia Umar dah khatam awal lagi, jadi mengulang kembali bacaan semula. 








Penangan Darurat + Lock Down 3.0 || 2021


Ya, tahun 2021 sekali lagi kita kena lock down di Malaysia. 
Bermula tarikh 1 Jun 2021-14 Jun 2021.
Darurat pula dah berlangsung daripada 11 Januari hingga 1 Ogos 2021. 

Dapatlah kita merasa pakej 2 dalam 1 tahun ni. . . . 

Jadi sebelum lockdown bermula aku dan husband kena cari barang atau gajet nak WFH kan. Opis confirm kena tutup, tak boleh masuk dah, memandangkan tempat kerja kami dah dijadikan CPRC di Negeri Sembilan.


Sekali masuk AEON Mall, dalam pukul 11 pagi lebih kurang, tu dia. . . 
Beratur... Jadi kita cari dan beli barang dapur dulu.


Beratur sekali lagi. . . 

Selesai beli barang cari pergi kedai komputer pulak, sebab dah alang2 masuk premis sama kan. Time PKP ni, MKN bagi masa hanya 2 jam sahaja boleh berada dalam premis atau mall. Hm ni macam memang macam tak cukup masa jer huhuhu. 
 

Aku dah survey semalam kat beberapa kedai komputer, nampaknya gayanya ni paling hokeylah, lepas tu malam tu pulak umum kena lock down. Aduh.. 
Aku malas nak pening2 kepala. Jadi terus nekad belilah laptop baru dari aku nak kena ke opis angkut PC balik rumah. 


Spesifikasi laptop yang menerbangkan duit saham aku. 

Duit saham keluar labur kat sini (BSKL market sekarang macam cincau bagi aku hahaha)
Jadi dari peram sana baik beli ni, digunakan mengajar dan siapkan kerja2 aku, semoga berguna pelaburan untuk saham akhirat pulak (pujuk hati). 



Pilih jenama Lenovo. 

Aku pilih AMD sebab aku nak guna graphic install software Autocad dan Cad Cam selepas ni. 
Dah seminggu pakai ni, ok not bad. Senang sangat nak buat kerja, sebab ringan. Dia boleh touch screen. Dan skrin dia boleh flip.



Lock down punya pasal dah terbeli laptop satu huhuhu. Apa boleh buat nk siapkan kerja punya pasal. 







Isnin, 7 Jun 2021

Selamat Hari Raya 2021 || 1442 Hijrah Part 2


Sambungan dari Part 1.

Memandangkan masjid kena tutup untuk solat Hari Raya, maka solat sunat Aidilfitri dilakukan di rumah sahaja.

Maka sekali lagi husband jadi iman dan baca khutbah raya untuk solat pagi raya tu :)


Bagi taklimat sebelum solat raya, bagi refresh balik tentang solat sunat ni ye.. 

Bacaan khutbah dari Tuan Guru Hamdan .

Setelah marilah kita bermaaf-maafan anak beranak jer. 
Tak ramai, dari kami lima orang sekeluarga. 

Senyum2 mesti ada banyak salah kat ayah nie.. 

Minta ampun bang.................;)
 
Lepas bermaaf-maafan kita pun buatlah video call kepada ibu, bapa, ahli keluarga dan semua sanak saudara yang jauh di mata, luar negeri.
Tetiba fefeeling macam duduk kat oversea je kan!! Konon...

Lepas makan hari raya, kita bergambar hari raya sekeluarga ya. 


Anak2 dengan memasing punya gaya raya mereka. 


Ok, 1,2,3...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin bagi semua pembaca blog ni. 

Sekian.



 




Khamis, 3 Jun 2021

Selamat Hari Raya 2021 || 1442 Hijrah Part 1

 Dah setengah bulan dah raya berlalu.....

Orang kata ku sangkakan panas sampai ke petang...

Rupa-rupanya hujan di tengahari.

Ingat tahun 2021 ni bolehlah beraya di kampung, rupa-rupanya kena kurung lagi. 

Tak boleh rentas negeri, tak boleh ziarah menziarahi... Nasib.. nasib... 

So raya lagiler di rumah sendiri, tapi takde masalah. Cuma kita tak boleh langsung pergi beraya ke mana2. Sebab Covid 19 semakin mengila, ramai kena jangkitan dan ramai meninggal dunia. Hari2 pecah rekod huhuhu. 


Umar semangat kemas rumah, sebab dia kata rakan dia nak nak datang raya (ni sebelum PM umum tak dibenarkan beraya hahaha)





Malam raya, tadaaaaa...
Macam biasa menu raya- sayur lodeh, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, lemang (beli kat kg Jimah). 


Sayur lodeh ni aku masak ikut resepi dalam IG @yatiekitchen. 

Boleh lah beli sikit bunga api dan mercun, saja nak bagi meriah raya kena kurung kat rumah kan tahun ni....


Biskut raya pun buat sendiri jer, takde beli2. Aku rasa raya tahun ni paling jimat sebab semua buat sendiri jer. 

Layan anak2 untuk buat biskut raya. 
Nak isi masa lapang sebab lepas raya ni sekolah akan tutup dan buat PdPR lagi selama sebulan ....adoiii adoiii. 

Cuma ramadhan 1442 Hijrah adalah terbaik bagi aku sebab dapat berterawih di Masjid Sendayan. Masjid dan surau dibuka sehingga akhir Ramadhan sebelum ditutup sepenuhnya pada 1 Syawah 1442 Hijrah. Alhamdulilah dapat peluang beramal di bulan puasa . 


Semoga Covid 19 terhapus di muka bumi ini... amin. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...