Rabu, 27 Oktober 2021
Balik kampung di Johor
Isnin, 25 Oktober 2021
Selamat hari Lahir Ilhan -6 tahun
Selama hari lahir Ilhan Wafiq yang ke enam tahun.
Semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan kamu, menjadi ank yang soleh dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Amin. . .
Balik kampung di Perak
Bila Perdana Menteri umum dah boleh rentas negeri, aku rasa semua rakyat Malaysia confirm rancang nak balik kampung terus dah . . .
Termasuk aku, kami pilih balik ke Perak dahulu. Siap ambil cuti hari Khamis dan Jumaat, rancangan yang baik. Sebab bila balik ke Seremban, berderet kereta sesak menuju ke arah utara. Fuuuh nasib baik . .
Balik kampung, berjumpa sanak saudara. Adik beradik husband datang rumah bercerita khabar terutama kes Covid yang melanda sebelum ni kat kampung Changkat Ibol. Abang ipar pula kena tahan masuk wad sebab oksigen turun. Keluar dari hospital berat dia susut 7 kilogram ish ish ish. . .
Kalau area Bukit Gantang memang terkenal dengan durian dan sungai dia. . .
Jam 9.30 pagi dah mandi sungai.
Tapi tetap tak nak naik sebab seronok mandi air sungai. . .
Selasa, 19 Oktober 2021
Qaireen terima Vaksin Dos Pertama
Seminggu sebelum tu, aku dapat notifikasi dari My Sejahtera.
Tarikh dan masa untuk Qaireen terima vaksin di Telok Kemang. 13 Oktober 2021; jam 9.30 pagi.
Cikgu pesan sebelum ambil vaksin pastikan tidur cukup, ambil sarapan pagi.
Pagi-pagi sampai opis, aku siapkan kerja sedikit. Jam 9 pagi baru keluar, bawa Qaireen sarapan dulu.
Isnin, 11 Oktober 2021
Berbasikal riadah di Bandar Sri Sendayan
Kalau aku balik dari tempat kerja ke rumah, memang aku akan lalu beberapa taman perumahan dan ternyata permandangannya tak dapat tandingi BSS.
Gemoknya si bulus ni.