Pages

Jumaat, 31 Disember 2021

Kita Berjalan di Ipoh - Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

Lepas jejalan kat Virctoria Bridge, kita terus ke Ipoh ikut jalan lama Sungai Siput. Pergi ke Qing Xin Ling Leisure and Cultural village di Ipoh (QXLL). Masa nak sampai sini kita sesat juga hahaha. Tempat ni bukak masa hari weekday saja ya. Jadi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum tempat ni TUTUP. Ya DITUTUP ya. Tiket masuk rm10.oo. Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma.

Aku rasa sebab tempat ni dekat gila dengan taman perumahan!! Maybe resident dia rasa rimas kot banyak pelancong luar datang dan kereta dan bas bersepah2 menyusahkan penduduk taman tu jadi pihak QXLL ni restricted tak nak pelawat waktu2 puncak macam tulah. Merata-rata dia letak warning JANGAN SEBARANGAN PARKING untuk kereta dan bas.

Masa sampai sini, husband aku rasa was2. 
"Betul ke taman kebudayaan ni?? 
Boleh ke masuk?? 
Macam nak masuk kuil Buddha je? 

Banyak pulak dia tanya hmmm lepas tu nampak hah ada orang melayu lah!! Fuh lega2 takuut kita masuk tokong cina mana2 lah pulak hahahaha!! Tapi memang cantik tempat ni. Dia macam ada konsep zen lah, macam taman2 budaya kat negara Cina rasanya. Entah sebab aku pun belum sampai di Cina kan. . Sedey....

So cultural, sangat tenang wei. . . 

Tempat semata-mata untuk orang suka posing nak bergambar, sangatler sesuai!!


Pandai lah Ilhan posing bergambar. 

Buai laju-laju!!

Tasik dia ada dua, yang belakang ni warna hijau, banyak ikan toman. 





Kemain nak bancuh minum kopi kat kopitiam ni.






Murah rokok dulu2 ya haha



Cantik tempat ni, tenang sungguh. 

Batu gua yang terbentuk sangat unik. 

Batu -batu dia memang ambil masa beratus tahun utk proses luluhhawa.  Bayangkan kita dikelilingi permandangan batu dan hutan dan tasik yang jernih. Subhanallah.



Vintage koleksi. 
Pusing2 adalah sejam lebih.
Lepas tu jom balik ke Seremban. 




Jambatan Victoria Bridge, Kuala Kangsar

Kami kalau balik ke kampung di Perak, jarang-jarang update citer sebab selalunya kami memang akan duduk di rumah kampung sahaja. Kalau nak jalan-jalan pun kami just pergi mall, atau ke pasar beli barang dapur  atau pun pergi melawat ke rumah abang dan kakak ipar yang duduk kat sekitar Bukit Gantang itulah. 

Jadi jaranglah nak update kecuali ada jalan pusing-pusing makan angin sekitar kawasan sana. Lagipun aku dah kerja kat utara ni masa bujang dulu jadi jaranglah nak jalan ke sana sini sebab dulu aku kaki jalan area sini. Dah boring kot hahaha!!

Ni on da way ke Perak, cuaca gloomy dan hujan sahaja area Gua Tempurung dan sekitar negeri Perak. Dan masa inilah kat Selangor, memang hujan tak berhenti-henti turun selama dua hari!! dan telah menyebabkan banjir besar pada 20hb hingga 21 hb Disember ketika itu. 

Hari Isnin kami gerak balik semula ke Seremban. Cuaca memang sangat baik. Masa balik kali ni kami ikut jalan lama di Kuala Kangsar, jadi kita menyinggahlah ke Victoria Bridge kat sana. Husband bagitau - apa nama tempat  jambatan keretapi yang movie Zombie Kampung Pisang tu?? hahaha. So search google maps, kami pun ke situlah.

Parking kereta, kita jalan kaki ke arah jambatan. Parking kat Jambatan penuh jadi kena parking ke dalam sikit. 

Nilah tempat dia, jambatan keretapi- Victoria Bridge. 

Lama juga usia jambatan ni. 


OOOOooo cantik giler jambatan besi ni ya. Senibina dia memang menarik!! Sesuai nak buat photoshoot kat sini. 

Memang nampak keadaan kayu dia yang dah berusia lebih 100 tahun, masih lagi keras dan kukuh guys!!
 

Husband ajar Ilhan untuk reaction masa bergambar hehe!!

Kalau korang gayat nak jalan tengah-tengah jambatan, ikut jalan tepi jambatan. Tapi kena ke tepi lah kalau ada motosikal lalu menyeberang sungai ni. 

Kat bawah jambatan ni ada beberapa ekor kerbau tengah berkubang. 


Cuaca hari ni memang sangat baik. View kat sini pun sangat cantik. 

Umar gayat. . . Dia kalau jalan tempat tinggi dah risau. Suruh senyum pun payah hehehe. 

Enggor. Ini laluan keretapi, cuma dia tak berhenti kat sinilah. Just papan tanda ni untuk ambil gambar untuk kenangan sahaja. 

Ini landasan keretapi yang lama. Dia kekalkan sedikit landasan asal ni sebagai tanda kenangan. 

Jambatan baru dia sebelah sahaja dengan jambatan lama tu. Masa ni Sungai Perak naik sedikit air dia, laju jugak. Sebab mungkin hujan dekat area hulu kan. Ni kalau naik air boleh banjir sekitar bawah jambatan ni. 

Ok, jom balik. Kita nak ke Ipoh pulak. 


Menjadi Pensyarah Pengiring ke TNB Power Plant

Hari Khamis 18 Disember aku kena pergi ke Jimah East Power Plant. Jadi pensyarah pengiring untuk kelompok pelajar Politek PD yang dapat latihan TDA  offset program valued di sini. Jadi aku dan rakan colleague aku, Che Ina kena jadi pensyarah pengiring untuk hari pertama mereka di sini. 

Kena RTK test dulu kat klinik sebab itu request dari pihak industri. . . Takut jadi penyebar corona virus kot. 
Tetiber je aku rasa malas nak ikut hehehe.
Tapi buatlah juga.
Dah ler first time buat swab tu, sakit doh. 
Berair mata aku masa kena jolok cotton bud dalam lubang hidung tu huhuhu 
Result dapat, negatif ler. . . 

By the way, ni adalah Jimah East Power Plant yang baru dibuka oleh TNB tahun 2019. Tempat dia bersebelahan dengan Jimah Power Plant yang aku pernah cerita dalam blog kat sini ya. 


Masa lawatan 2017, kat Jimah Power Plant. 
Hah, yang kat belakang tu lah TNB Power Plant masa tu tengah under consruction (yang aku pergi hari inilah).

By da way, apasal aku time ni nampak debab sangat?? kat dalam entry tu, serius nampak sangat aku tengah debab  isk isk isk..... 


Masa sampai sini hujan lebat giler. 

Budak-budak ni dari pusat latihan TDA kat Bangi, lambat sampai sejam. Tak tau naik bas boleh sesat ke mana2 lah. Bila tanya tak tau puan, kami dah masuk kebun sawit kat mana agaknya . . . hahaha. 

Adalah ceremony pelancaran, dan ucapan kata-kata aluan yang aku rasa ambil masa sejam kot.

Lama juga, tiga, empat orang berucap seorang demi seorang huhuhu. Lepas bagi hadiah cenderamata, ambil gambar snap sana snap sini. Sarapan dulu. Banyak makanan, macam-macam ada. Cuma aku jer dah kenyang sebab tu tak makan. 


Aku dan Che Ina dah siap pakai PPE, tunggu bas untuk bergerak ke power plant. 

Hujan dah berhenti, lega sikit. Risaulah nak naik loji kuasa kalau hujan lebat-lebat ni. Kita bahagi dua kumpulan sebab tak nak terlalu ramai sangat, nak jaga keselamatan kan. 


Masa ni untuk training simulation PNID, Tuan Haji ni adalah jurulatih (persara TNB) ni memang otai untuk bahagian controller dalam power plant. 

Dalam sejam lebih lepas, kami rehat untuk makan tengahari. 

Makan nasi ayam oenyet untuk tengahari, Alhamdulilah. 

Petang pula, sesi untuk pusing-pusing di dalam sekitar loji janakuasa. Disebabkan suasana agak bising kami kena pakai earphone dan walkie talkie sebab senang nak berkomunikasi. 

Ok, kita masuk dulu ke dalam. 

Sorry ler aku tak boleh expose gambar2 dalam loji janakuasa ni dalam media sosial ya. Sebenarnya tempat ni lebih kurang sama jer macam Jimah Power Plant yang aku pergi sebelum ni. Dan aku pun dah beberapa kali masuk power plant termasuklah masa aku kerja kat Kuching, Sarawak. Jadi feeling tu tiada excited sangat. Sebab nak menunaikan tanggungjawab sebagai pensyarah pengiring itu yang aku  gagahkan diri untuk pergi hehehe.  

Hahaha yeh, boleh nampak kat atas ni kawasan jiran sebelah, Jimah Power Plant. 

Dekat sejam naik turun tangga dan lif melawat kawasan, akhirnya kita pun balik semula ke tempat berkumpul. 

 Udah ler tu, nak balik dah. Takde citer lagi hah. K, Babai. . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...